Tular laporan ‘si2satan dalaman’ UiTM isu pensyarah vir4l,rupanya ibu pelajar B40 did4kwa masih hidup. Ini pekerjaan sebenar Ibu pelajar

BELUM reda isu seorang pensyarah kontrak Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang memperlekehkan seorang pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba menerusi kelas dalam talian, kini tular laporan ‘si4satan dalaman’ mengenai isu yang hangat diperkatakan.

Sejak awal pagi Khamis, tular laporan kronologi yang dipercayai dibuat oleh pihak UiTM secara dalaman berhubung video tular membabitkan seorang pensyarah bergelar profesor.

Menerusi laporan itu, proses kenal pasti kumpulan pelajar dan k3sahihan video telah diadakan pada pagi Khamis di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Perak.

Seramai lima pelajar yang dipanggil dan hasil temubual mengesahkan video tersebut berlaku semasa kuliah minggu ke-8 pada Semester Oktober 2021-Februari 2022 bagi subjek yang diajar oleh pensyarah berkenaan.

Laporan itu turut memaklumkan satu pertemuan telah diaturkan bersama pensyarah terbabit, di sebuah bilik mesyuarat pada tengah hari Khamis.

Pelajar B40 yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu dilaporkan merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Pembinaan.

Turut didedahkan adalah latar belakang keluarga pelajar berkenaan, di mana bapanya tidak bekerja atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun, ibunya masih hidup dan bukan sudah men1ngg4l dunia sebagaimana yang didakwa menerusi video yang tular.

“Ibunya masih ada dan bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.

“(Pelajar) mempunyai tiga adik-beradik (kakaknya baru sahaja menamatkan pengajian dan memulakan pekerjaan manakala adik sedang menuntut di UiTM Rembau.

“Mengikut rekod, pelajar ini tidak pernah memohon bantuan wang zakat, namun begitu beliau memperolehi pinjaman PTPTN,” menurut laporan itu.

Laporan kronologi didakwa berkenaan isu video tular membabitkan pensyarah UiTM.

Tambah laporan itu, pelajar tersebut didapati menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti kuliah dalam talian kerana komputer peribadinya tidak dibawa bersama ke kampus.

“Pelajar ini telah lulus dalam peperiksaan akhir yang lepas dan ini termasuk bagi kod kursus tersebut,” tambahnya.

Dalam pada itu, laporan tersebut turut mendedahkan bahawa video yang tular bukan dirakam dan disebarkan oleh pelajar berkenaan, sebaliknya dikongsikan oleh pihak lain sehingga menjadi tular di media sosial.

“Pelajar tidak bersetuju sama sekali atas tujuan video ini ditularkan,” menurutnya.

Mengikut rekod, pelajar ini tidak pernah memohon bantuan wang zakat, namun begitu beliau memperolehi pinjaman PTPTN

Menurut laporan itu juga, tindakan pengurusan UiTM melalui Mesyuarat Pengurusan Eksekutif UiTM bertarikh 30 Mac 2022 boleh mengambil salah satu pilihan keputusan sama ada tidak mengambil apa-apa tindakan kerana pensyarah dan pelajar yang terlibat telah bertemu dan berbincang dan mengambil keputusan untuk mengharmonikan keadaan.

“Atau menamatkan kontrak pensyarah ini yang telah diperbaharui pada 15 Mac 2022 di mana pihak UiTM boleh menamatkan tantikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan tawaran.

“Namun keputusan UiTM bergantung kepada nasihat dari Kementerian Pengajian Tinggi,” demikian menurut laporan tersebut.

Latar belakang keluarga seorang pelajar B40.

Susulan itu, mStar telah menghubungi Jabatan Komunikasi UiTM bagi mendapatkan pengesahan berhubung laporan tersebut dan masih menunggu maklum balas.

Laporan Kronologi dan Fakta

Highlight :

1. Ibu kepada pelajar tersebut masih hidup.

2. Pelajar tersebut mempunyai laptop tetapi tidak membawanya.

3. Pelajar tersebut mendapat pinjaman PTPTN.

4. Pelajar tersebut telah pun bergraduasi dan lulus subjek tersebut.

5. Video tersebut ditularkan oleh pihak lain.

‘Pensyarah macam ibu garang, tapi sedia bantu pelajarnya’

Menurut seorang graduan, Syaif Yusof dalam hantaran di Facebooknya semalam menceritakan pensyarah tersebut pernah mengajarnya ketika di universiti dahulu dan mengakui beliau seorang yang baik hati.

“Saya berdiri untuk Prof, beliau sentiasa seorang pensyarah yang terbaik bagi saya, siapa yang pernah belajar dengannya sahaja yang tahu apa yang berlaku dan bagaimana caranya ketika di dalam kelas dan luar kelas,” tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi bekas pelajarnya, Nik Muhammad memaklumkan pensyarah tersebut merupakan seorang yang tegas ketika mengajar, namun perwatakannya akan berubah menjadi lembut dan mesra selepas waktu kelas.

“Macam ibu yang garang, lepas marah anak akan bertukar jadi ibu penyayang pula, mungkin sebab musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tak sempat nak jumpa di luar waktu kelas sebagai ibu penyanyang,” kongsinya.

Tambah Nik Muhammad, ketika masih bergelar seorang pelajar, dia pernah gagal dalam subjek yang diajar pensyarah terbabit dan atas berkat bimbingan beliau terhadapnya, akhirnya dia berjaya sehingga kini.

Dalam pada itu, seorang pengguna, Riena Zenobia berkongsi kejadian yang berlaku berhubung rakaman yang tular sejak semalam.

“Lepas marah-marah pelajarnya, dia usahakan pelajar tersebut untuk dapatkan komputer riba, pelajar itu pun dah tamat belajar dan pensyarah dah bersara.

“Individu yang kongsi video pun dah padamkan akaun, orang ramai sahaja belum habis buat kerja,” katanya.

Jelasnya, pensyarah tersebut sememangnya seorang yang cepat melenting, mulutnya mudah marah tetapi hatinya sangat baik.

Tangkap layar hantaran beberapa bekas pelajarnya yang berkongsi sisi baik beliau yang dianggap seperti seorang ibu garang tetapi penyayang terhadap anaknya.

Terdahulu, satu rakaman video klip berdurasi 1 minit 45 saat tular memaparkan pensyarah wanita itu memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah memperlekehkan golongan B40.

Menerusi rakaman itu, pensyarah wanita berkenaan turut meminta pelajar terbabit meminta kakaknya menjual gelang emas bagi membeli komputer riba untuknya.

Dalam pada itu, UiTM akan mengambil tindakan ke atas seorang pensyarah wanita selepas tularnya satu video sejak Selasa malam.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor dilaporkan berkata, pihaknya sedang meneliti k3s berkenaan yang mana pensyarah tersebut memarahi pelajarnya gara-gara tidak memiliki komputer.

kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*