Amyra Rosli diser4ng peny4kit misteri, Doktor kata tak tahu punca

PELAKON Amyra Rosli terpaksa berehat daripada menjalani penggambaran drama Jangan Menangis Cinta kerana mengalami s4kit sendi dan lebam di beberapa bahagian pada tubuhnya selain batuk yang tidak henti.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh suami kepada Amyra iaitu Amar Baharin ketika dihubungi mStar.

“Amyra diberi rehat selama tiga ke empat hari kerana keadaan dia agak teruk sehingga susah untuk berjalan.

“Dia mengalami s4kit sendi dan bengkak pada beberapa bahagian dan yang paling teruk adalah di kaki.

“Dalam tempoh rehat ini saya akan bawa dia untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut di pusat perubatan atau mendapatkan raw4tan perubatan Islam.

“Saya sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan jika Amyra hanya berehat di rumah.

Amar dan Amyra bersama dua anak mereka

“Rasanya lebih baik dia ditahan di wad dahulu supaya doktor boleh memantau keadaannya,” jelas Amar.

Terdahulu Amar berkongsi tentang keadaan isterinya itu menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya.

Amar turut memberitahu keadaan itu tidak pernah berlaku kepadanya dan Amyra telahpun menjalani pemeriksaan beberapa hari lalu, namun keputusan ujian darah dalam keadaan baik.

“Memang pelik sebab tidak pernah berlaku seperti ini.

“Selepas buat ujian darah, doktor beritahu tidak ada sebarang jangkitan kuman.

“Malah doktor sendiri tidak dapat memberi penyelesaian terhadap penyakit yang dihidapinya,” katanya.

Sementara itu menerusi perkongsian IG Story Amyra sebelum ini, dia masih meneruskan penggambaran drama seperti biasa.

Bagaimanapun selepas keadaan menjadi semakin serius, dia diberi waktu rehat.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4, dan Ayra Aryssa, 2.

kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*