
Malaysia cukup dikenali dengan kepelbagaian kaum serta budaya yang menjadi kebanggaan serta kekuatan rakyatnya untuk sentiasa bersatu padu dalam suasana aman harmoni.
Selain itu, sifat hormat menghorm4t1 terhadap kepercayaan agama satu sama lain juga boleh mengeratkan hubungan sesama insan.
Begitulah seperti kisah seorang wartawan TV3 bernama Kumaran Rajamoney yang tidak pernah melepaskan peluang untuk berpuasa di bulan Ramadan sejak 20 tahun lalu ini.
Berkongsi pengalamannya berpuasa, waktu itu dia tinggal bersama rakan serumah berbangsa Melayu.
Setiap Ramadan, mereka akan mengejutnya untuk sahur dan mengajaknya berbuka bersama-sama.
“Kini apabila sudah berkerjaya dan berkeluarga, kadang-kadang saya terpaksa ponteng puasa kerana terdapat kenduri saudara-mara dan sebagainya.
Tetapi jika tiada aral, saya tetap akan berpuasa dan tahun lalu, saya berpuasa selama 28 hari.” katanya lagi.
Ibu terima baik hasrat menunaikan puasa
Tambah ayah kepada seorang cahaya mata perempuan itu, ibunya juga pernah berpuasa di bulan Ramadan sewaktu bekerja di sebuah kilang dahulu.
Malah, ibunya tidak pernah menghalang tindakannya kerana wanita itu juga kerap berpuasa mengikut tuntutan agama mereka.
“Cuma isteri, S. Kanjana, 36, yang merasa pelik ketika kami mula-mula berkahwin pada 2014 dulu. Namun akhirnya, dia faham akan apa yang saya lakukan malah turut membeli kurma untuk saya berbuka puasa.” luahnya bangga.
Kumaran juga mendedahkan pernah diminta oleh individu tertentu untuk membantu membelikan makanan buat mereka yang tidak berpuasa.
Namun dia menolak permintaan tersebut kerana disifatkan sebagai tidak manis untuk dilakukan.
Sumber : Getaran (Rafisqi Radhi), Instagram Kumaran Rajamoney
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : belumbalik.com
Leave a Reply