Cubaan menantu pinda tuntutan aset RM1 bilion, ini tindakan ‘bijak’ Ibu JJ

PETALING JAYA: Ibu kepada bekas menteri Kabinet Jamaluddin Jarjis, Aminah Abdullah, akan membuat permohonan menghalang menantunya meminda pernyataan tuntutan berjumlah RM1 bilion daripada aset harta sepencarian yang diperoleh bersama sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Farhan Haziq yang mewakili pasukan guaman Aminah berkata, ini adalah kali kedua Kalsom Ismail membuat permohonan sedemikian.

“Aminah akan memfailkan afidavit sebagai jawapan untuk menjawab permohonan Kalsom (untuk meminda kenyataan),” katanya kepada FMT selepas pengurusan k3s di hadapan Timbalan Pendaftar mahk4m4h Tinggi Syariah, Hadi Hamat.

Peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Kalsom berkata, beliau telah memfailkan permohonan itu bulan lalu untuk mengecualikan beberapa aset, salah satunya adalah hartanah di Boston, Amerika Syarikat.

“mahk4m4h telah menetapkan 17 Mei untuk anak guam saya mendapat kebenaran untuk melakukan pindaan itu,” katanya.

Pada awal 2018, Kalsom, iaitu bekas doktor gigi, memfailkan s4m4n untuk mendapatkan 50% harta alih dan tak alih Jamaluddin yang diperoleh di sini dan luar negara bernilai RM2.1 bilion daripada harta pusaka si m4ti.

Bagaimanapun, Aminah, 88, membantah dan berkata, kebanyakan aset terkumpul itu diperoleh sebelum anaknya berkahwin dengan Kalsom.

Beliau juga mendakwa Jamaluddin memperoleh hartanah tersebut tanpa sebarang sumbangan daripada Kalsom.

Pada 2017, anak Jamaluddin – Nur Anis dan Ikhwan Hafiz – dilantik sebagai pentadbir harta pusakanya untuk mengagihkan harta itu mengikut hukum Islam.

Di bawah undang-undang syariah, ibu mendapat satu perenam daripada harta pusaka, isteri mendapat satu perlapan dan selebihnya dikongsi bersama anak.

Sekiranya Kalsom berjaya dalam s4m4nnya, dia berhak mendapat 50% dan satu perlapan lagi di bawah hukum faraid.

Pembahagian ke atas aset yang ditinggalkan Jamaluddin, yang pernah berkhidmat sebagai duta Malaysia ke AS, gagal pada 2019.

Jamaluddin terbunuh pada 4 April 2015, apabila helikopter dinaikinya dari Pekan, Pahang, ke Kuala Lumpur terhempas di Kampung Sungai Pening di Semenyih, Selangor.

Turut terbvnuh dalam n4has itu ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, setiausaha sulit bekas perdana menteri Najib Razak, Azlin Alias, ahli perniagaan Tan Huat Seang, pembantu peribadi, Jamaluddin, Razakan Seran dan seorang wanita dikenali sebagai Aidana Baizieva.

Jamaluddin adalah ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dan Ahli Parlimen Rompin dari 1990 sehingga kem4tiannya.

kredit: fmt

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*