“Dua tahun saya tak balik,perasaan itu tak dapat nak digambarkan..”-Ribuan rakyat Malaysia jalan kaki lintas Tambak Johor

Johor Bahru: Ribuan rakyat Malaysia yang sebelum ini terkand4s di Singapura sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 lalu, akhirnya kembali ke tanah air bermula detik 12.01 tengah malam tadi.

Tinjauan di Tambak Johor awal pagi tadi mendapati, lebih separuh daripada rakyat Malaysia yang pulang melintas tambak sejauh 2.5 kilometer berkenaan dengan berjalan kaki beramai-ramai selain ada yang menaiki basikal.

Deretan motosikal dan kereta turut dilihat beratur di laluan masing-masing di Tambak Johor. menunggu giliran untuk kembali ke tanah air.

Lebih menyentuh rasa, laungan Allahuakbar serta nyanyian Negaraku yang dinyanyikan rakyat Malaysia yang sedang berjalan kaki, dapat didengari ratusan keluarga yang menunggu penuh sabar di susur keluar Tambak Johor, sehingga ramai yang dilihat mengalirkan air mata kesyukuran.

Kumpulan pertama rakyat Malaysia yang berjaya melintasi Tambak Johor seawal jam 12.05 tengah malam tadi, turut dilihat mengalirkan air mata kesyukuran apabila disambut keluarga tersayang yang ditinggalkan sejak lebih dua tahun lalu.

Penyelia tapak pembinaan di Singapura, Fajrul Rizal Abu Bakar, 28, berkata, perasaannya tidak dapat diungkap dengan kata-kata berikutan terlalu gembira dan terharu apabila akhirnya dapat menjejak kaki di tanah air.

Menurutnya, dia antara ribuan rakyat Malaysia yang terkand4s di Singapura sejak PKP pada 2020 lalu, sehelai sepingg4ng.

“Dua tahun saya tak balik. Perasaan itu tak dapat nak digambarkan kerana segala kerinduan dan kes3dihan yang terpend4m sejak lebih dua tahun lalu seolah-olah terlepas dari dada.

“Saya tidak dapat lupakan detik 17 Mac 2020 itu kerana saya baru masuk semula ke Singapura bagi memulakan kerja. Namun ketika pengumuman PKP dan sempadan ditutup dilakukan, saya masih bekerja dan tidak menyangka ‘terper4ngkap’ di repubIik itu untuk lebih dua tahun.

“Saya dan ribuan rakyat Malaysia yang terkand4s ketika itu tidak bersedia dari segi mentaI kerana kami beranggapan sempadan ditutup hanya dua minggu berita pembukaan sempadan tidak kunjung tiba selepas lebih dua tahun berlalu, sehinggalah berita gembira yang ditunggu-tunggu diumumkan pada 24 Mac lalu.

“Saya seb4k kerana akhirnya dapat menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama keluarga semula lepas dua tahun hidup sendiri di perantauan. Saya akan pastikan untuk berbuka puasa puas-puas dan akan memasak hidangan kegemaran keluarga,” katanya ketika ditemui.

Bagi pekerja tapak pembinaan di Singapura, Mohd Ashraf Azizan, 26, pula, ramai rakyat Malaysia yang mengalirkan air mata kesyukuran apabila berjalan beramai-ramai melintasi Tambak Johor tadi.

Dia juga terk4ndas di repubIik itu sejak lebih dua tahun lalu, tidak menyangka mampu bertahan selama itu dalam keadaan sehelai sepingg4ng ketika sempadan negara ditutup.

“Bayangkanlah, saya dan ramai rakyat Malaysia yang terk4ndas di Singapura terpaksa tidur di kaki lima dan bangku taman pada dua minggu pertama sempadan ditutup kerana tiada persediaan untuk tinggaI di repubIik itu.

“Namun. kami terpaksa kuatkan semangat apatah lagi kebanyakan ahli keluarga di Malaysia diberhentikan kerja dan kami menjadi harapan utama keluarga sebagai penerus mata pencarian.

“Alhamdulillah, penantian kami untuk pembukaan sempadan berakhir walaupun laluan yang dit3mpuh di Singapura amat berliku namun ia amat mendewasakan kami,” katanya seb4k.

Bagi bapa tunggaI, R Suresh, 49, yang bertugas sebagai pegawai sumber manusia di Singapura berkata, dia turut bersyukur dapat kembali ke Johor Bahru dan akan berulang-alik untuk bekerja seperti sebelum pndemik mel4nda.

Katanya, dia terbeb4n dengan k0s hidup yang tinggi di Singapura terutama bagi menyewa bilik selain makan dan pengangkutan di repubIik itu.

“Lebih daripada separuh gaji saya dihabiskan untuk membayar sewa bilik dan meny4ra hidup di Singapura, manakala separuh lagi untuk dihantar pulang ke empat anak saya.

Kredit hm

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Dedah site

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*