Neelofa Mended4hkan Proses Sebenar Pemilihan Nama Anak Sulungnya

Selebriti popular, Noor Neelofa mended4hkan pemilihan nama anak pertamanya, Muhammad Bilal dilakukan atas sepakat bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz.

Menurut Neelofa, dia suka nama tersebut selain hasrat suaminya yang mahukan ia mempunyai makna baik yang boleh diceritakan buat permata hatinya itu bila besar nanti.

“Mengenai nama anak ini, kita banyak berbincang. Misalnya mahu nama itu dan ini. Kami ada cadangkan beberapa nama. Suatu hari, Haris berikan saya senarai nama anak yang sudah disenarai pendek.

“Kemudian saya beritahunya, suka nama ‘Bilal’. Cuma waktu itu, Haris ada sebut, kalau boleh biarlah pemilihan nama itu boleh diceritakan kepada anak nanti,” katanya.

Haris pada masa sebolehnya mahu nama anak tidak dipanggil dengan panggilan ringkas.

“Saya pun kalau boleh biarlah nama itu dipanggil secara penuh. Bilal ni, jarang orang panggil ‘Lal’,” katanya.

Pasangan ini berkata demikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Neelofa & Haris di Cili Kampung, Hartamas, pada Khamis.

Ditanya maksud di sebalik pemilihan nama buat anak sulung mereka yang kini mencecah usia empat bulan itu, PU Riz memberitahu nama berkenaan cukup dekat di hati.

“Bila banyak diundang untuk berikan ceramah, cerita mengenai Bilal (Bilal bin Rabah) ini memang betul-betul terkes4n dekat hati.

“Kalau boleh saya ceritakan secara ringkaslah. Pertama, dia orang yang berpegang benar kepada prinsip. Kalimah Allah SWT tidak dibuat main sehingga dia s4kit dan hampir m4ti, tak buat main.

“Kedua, dalam sebuah hadis meski ia ada sedikit keragvan… siapa yang menjadi bilal untuk beberapa tahun, dia akan masuk syurga tanpa dih1sab. Sebab dia seru orang sembahyang hari-hari.

“Ketiga, Bilal ini juga seorang insan yang mana dia berjalan di dunia, nabi kata aku dah dengar tapak kaki kau di syurga. Subhanallah.

“Jadi semperna dengan berkat nama Bilal ini, kita berdoa malah kepada semua orang juga. Semoga anak ini dapat ambil berkat namanya. InsyaAllah,” kata PU Riz lagi. 

Foto: Neelofa Team

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*