“Ramai juga yang DM saya. Tanya kenapa dengan muka saya.”- Ini Pended4han Ezad Lazim Tentang Apa Yang Berlaku Terhadap Wajahnya

Penyanyi dan pelakon, Ezad Lazim mended4hkan ada peminat yang bertanya mengenai keadaan wajahnya yang terlihat mengalami keced3r4an pada bahagian pipi kiri.

Menurutnya, ada yang menangis seterus nya mendoakan Ezad diberikan kesembuhan.Bagaimanapun, ia hanyalah kesan efek solekan bagi memenuhi karektor wataknya sebagai Husin menerusi drama rantain terbaru, 7 Hari Mencintaimu 3.

“Ada Yang Sampai Nangis, Siap Doakan Saya Cepat Sembuh,” – Peminat Risau Tengok Muka Ezad Lazim

“Ramai juga yang DM saya. Tanya kenapa dengan muka saya. Ada yang sampai nangis. Siap doakan saya cepat sembuh.

“Apa pun saya hargai atas keprihatinan anda semua. Sebenarnya ini adalah hasil make up untuk karekter saya dalam drama #7harimencintaiku3.

“Watak saya sebagai husin, seorang suami yang dit1mpa mus1bah hingga str0k sebelah badan. Pada Yang belum layan drama hebat ini boleh saksikan Di TV3 setiap hari jam 7 malam,” tulisnya.

Banyak perkara yang saya k0rbankan– Ezad Lazim

Vokal yang indah dimiliki seorang Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim atau Ezad Lazim. Itu adalah satu kelebihan. Allah kurniakan kepadanya, keistimewaan.

Kehadiran Ezad dalam industri tidak sia sia. Tuhan sudah tentukan jalannya di sini, menjadi anak seni. Maka dengan kebolehan, dia melangkah masuk ke dalam dunia hiburan.

Umum tahu Ezad bermula dengan Exists pada tahun 1995. Ketika itu, dia hanyalah seorang remaja belasan tahun yang bakatnya dicungkil menerusi pertandingan Bintang RTM peringkat negeri Kedah.

Kehadirannya menggantikan vokalis kumpulan itu, Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat yang mengundurkan diri pada tahun sebelumnya.

Ezad menggapai kegemilangan bersama Exists. Album-album yang dihasilkan laris terjual. Antaranya Diammu Gunung Berapi, Jangan Gentar, Mutan, Ada, Seperti Dulu, Paragon dan banyak lagi.

Kejayaan demi kejayaan dikecapi. Sehinggalah satu ketika, sekitar 2006, Ezad disingk1rkan gara-gara k0nflik dalaman yang mel4nda kumpulan berkenaan.

Dia ada bercerita tentang itu ketika saya menghubungi nya baru-baru ini. Ezad menyifatkan penyingk1rannya sebagai satu memori p4hit dalam hidupnya.

“Dalam kumpulan, persel1sihan faham itu adalah perkara yang biasa berlaku.Peny1ngkiran saya pada ketika itu saya anggap sebagai antara kenangan p4hit sepanjang bergelar anak seni.

“Selepas keluar Exists, saya terk0ntang-kanting. kerjaya tervmbang ambing. Saya tercari-cari arah,” katanya.

Apa pun yang berlaku, semua kini hanya tinggal sejarah. Ezad, dari fasa bersama Exists sehinggalah bergerak solo, kekal relevan dan ada penggemarnya sendiri. Itulah kekvatan anak jati Alor Setar, Kedah ini.

Tahun ini menjadi tahun penting buat Ezad. Satu lembaran bermula. Meskipun dunia masih berper4ng dengan wab4k, penyanyi ini tidak pat4h semangat. Perancangan disusun kemas. Agar dapat terus bertahan.

“Kalau diikutkan, memang banyak tawaran yang saya terima. Antaranya permintaan untuk menerbitkan semula lagu Mengintai Dari Tirai Kamar yang secara tiba-tiba menjadi tul4r di Indonesia.
“Ada juga tawaran untuk saya keluarkan single dan berduet dengan penyanyi baharu. Namun buat masa ini, belum ada sebarang ketetapan lagi,” katanya.

Peng0rbanan titik permulaan

Hampir tiga dekad berada di dalam industri, bapa kepada dua cahaya mata ini mengakui bukan mudah menjadi seorang anak seni.

Katanya, kejayaan hari ini adalah hasil pengorbanan titik permulaan. Saya minta dia kongsikan, p4hit manis kehidupan seorang selebriti.

“Banyak perkara yang saya k0rbankan. Antaranya, pelajaran. Kalau ikutkan, sepatutnya saya sambung ke peringkat lebih tinggi, mungkin belajar di universiti.

“Tetapi, ketika itu saya melihat komitmen lebih kepada Exists. Jadi, selepas tamat tingkatan lima, saya tak sambung. Hati sudah tak ada.

“Pengorbanan itu mendatangkan hasil. Hampir berpuluh tahun, saya dan anggota Exists yang lain masih ada di dalam industri. Usia muda yang kami peruntukan untuk kerjaya seni berbaloi,” ceritanya.

Cerita Ezad lagi, pengalaman memulakan kerjaya solo selepas dis1ngkirkan dari Exist juga menjadi pengalaman yang tidak dapat dia lupakan.

“Bayangkan saya bersama Exists dalam tempoh yang cukup lama. Sejak 1995. Selepas dibuang, percaturan menjadi kel4m kabut. Saya mencari hala tuju.

“Apabila sudah terlalu lama berada dalam kumpulan, untuk memulakan kerjaya solo memang sukar. Dengan ketiadaan pengurusan yang baik, saya rasa ters1sih.

“Tetapi saya bangkit. Berkat kesabaran, saya belajar uruskan kerjaya sendiri. Naikkan nama saya semula dalam industri. Saya akui bukan mudah. Ambil masa.

“Selepas beberapa tahun, bahkan selepas saya ber kahwin, baru saya dapat menempatkan semula diri dalam industri. Saya bersyukur, dihadirkan seorang isteri yang banyak membantu menguruskan semula kerjaya saya,” katanya.

Bangkit dan pulih kembali

Pada 2015, Ezad did3nda sebanyak RM3,500 oleh Mahkamah Majistret atas pertvduhan memiliki dan mengambil d4dah jenis Sy4bv sekitar November 2014.

Saya minta Ezad beri pandangannya soal itu. Dia tidak men0lak, malah terbuka berkongsi sudut perspektifnya tentang apa yang berlaku.

Kata Ezad, semua itu menjadi satu pengajaran. Katanya, biarlah apa yang berlaku menjadi teladan buat masyarakat.

“Peranan artis terlalu besar. Saya akui, pernah melakukan kesal4han. Saya cuba bangkit dan kembali pulih. Apa yang saya buat, bukan untuk diri saya semata-mata.

“Kita tak sedar, mungkin ada yang menjadikan kita inspirasi. Dengan melihat perubahan kita kepada yang lebih baik.

“Sekurang-kurangnya, kisah hidup saya itu mendidik masyarakat. Jadi teladan. Kalau diberi peluang untuk berkongsi kisah itu, saya sedia ke depan. Secara tidak sedar, mungkin ada pahala yang Tuhan berikan menerusi perkongsian yang saya buat dengan masyarakat,” katanya.

Saya soal, dari mana datangnya semangat itu, untuk lari dari situasi kegel4pan dan bangkit menjadi lebih baik. Jawab Ezad, orang sekeliling dan peminat.

“Semangat saya dapat mereka. Ahli keluarga. Dan saya beruntung, adanya peminat yang menyokong untuk saya perbaiki diri. Pul1hkan hidup yang terk3san akibat d4dah,” katanya.

SUMBER:MH/Utusan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*