Takbir, Solat Sunat & Rumah Terbuka Dibenarkan Namun Ini SOP Yang Perlu Dipatuhi

Setelah dua tahun terpaksa beraya sendirian bagi mengek4ng penul4ran v1rus Covid-19, akhirnya tahun ini rakyat Malaysia sudah boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Sebagai persediaan bagi menyambut ketibaan Syawal pada awal bulan Mei 2022, KKM telah menggariskan protokol berkaitan sambutan Hari Raya bagi memastikan Keluarga Malaysia menyambutnya dalam keadaan yang meriah dan selamat.

Kebanyakan aktiviti Hari Raya dibenarkan

Protokol yang dikeluarkan KKM ini hanya sebagai panduan umum, namun, masih tertakluk kepada ketetapan dan SOP oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri. Aktiviti Takbir Hari Raya dibenarkan dijalankan di masjid dan surau. Bagi takbir rumah ke rumah pula, turut dibenarkan dengan syarat perlu sentiasa memakai pelitup muka.

Solat Sunat Hari Raya juga dibenarkan di masjid atau surau dengan kapasiti penuh 100%. Semua jemaah perlu memakai pelitup muka pada setiap masa, termasuklah ketika sedang solat. Jemaah digalakkan untuk mengambil wudhu di rumah dan membawa sejadah sendiri. Jamuan yang sering diadakan di masjid atau surau selepas waktu solat juga dibenarkan, tetapi mereka yang tidak menjamu selera dimohon agar memakai pelitup muka sentiasa.

Aktiviti yang paling dinanti-nantikan setiap kali Aidilfitri pula iaitu ziarah-menziarahi juga turut dibenarkan, ini termasuk ziarah tanah perkvburan. Bagi yang ingin mengadakan rumah terbuka atau majlis hari raya ‘indoor’ atau ‘outdoor’ turut dibenarkan dengan syarat memakai pelitup muka di tempat tertutup, dan digalakkan memakai untuk tempat terbuka.

Kesemua aktiviti Hari Raya telah dibenarkan semula dengan syarat pelitup muka sentiasa dipakai agar penul4ran Covid-19 dapat dibendvng. Mereka yang didapati positif tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana aktiviti di atas, dan yang bergej4la pula tidak digalakkan menyertai.

Lakukan ujian kendiri

Gambar sekadar hiasan

Walaupun tidak bergej4la, masih ada kemungkinan untuk anda menjadi pembawa v1rus COVID-19. Amalkan dan lakukan ujian kendiri sebelum anda pulang ke kampung untuk pastikan ahli keluarga yang berisiko tinggi dilindungi daripada mendapat gej4la tervk COVID-19.

Kanak-kanak yang belum divaksin dan warga emas, terutamanya yang ada komorbiditi, berisiko tinggi mendapat j4ngkitan COVID-19 yang tervk.

Sumber: KKM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*