Ini Reaksi Siti Nurhaliza Apabila Mira Filzah Menitiskan Airmata Sewaktu Bayinya Bersvnat

Pelakon Mira Filzah tidak dapat menahan seb4k apabila bayinya, Wan Khair Amir selamat berkh4tan atau svnat ketika baru berusia sebulan.

Pun begitu, Mira tetap berasa bangga melihat anaknya yang berada dalam keadaan tenang ketika proses berkh4tan berkenaan.

“Ketahuilah papa dan mama sangat bangga bila mana kamu pandai membawa diri dengan baik semasa berkh4tan.

“Mama seb4k dan menitiskan air mata apabila mendengar kamu menangis pada awalnya.
“Papa tak menangis, tapi sedih jugalah. Tapi sepanjang masa sehingga selesai, kamu tenang dan senyap sahaja.

“Alhamdulillah, tahniah anakku. Semoga cepat sembuh buat juara kecil tersayang kami,” katanya.
Mira berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama Mira berkongsi beberapa keping gambar bayinya ketika proses itu serta fotonya yang dilihat sebak.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut mendoakan yang terbaik buat kesembuhan dan kesihatan anaknya.

Tidak ketinggalan penyanyi sohor negara Datuk Sri Siti Nurhaliza berkongsi rasa yang sama ketika anak lelakinya menjalani proses berkenaan.

“Kak Iti pun menangis masa Afwa berkhatan,” kongsinya di ruangan komen.

Mira turut membalas komen itu.

“Tak sampai hati dengar menangis tapi tak boleh buat apa,” responnya.

Terdahulu pada 10 Mei lalu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, selamat menimang cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar pada 3 September 2020

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Sumber:Gempak

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*