Seronok Dilayan Chef Salt Bae, Akhirnya Aeril Zafrel Terkejvt Dapat Bil Selepas Makan Steak Mewah

Semenjak dua menjak ini memang ramai sungguh rakyat Malaysia terbang ke London untuk bercuti. Mungkin harga tiket kapal terbang yang ditawarkan murah. Lagipun pertengahan tahun memang best pergi ke London kerana jualan murah yang sedang berlangsung di sana. Memang sakan la shopping.

Terbaru, Wawa Zainal, Aeril Zafrel  juga turut ke sana. Sambil bercuti, sambil merka berdua sempat berkunjung ke salah sebuah restoran yang terkenal di Kota London milik Salt Bae

Chef selebriti, Nusret Gökçe atau lebih dikenali sebagai Salt Bae telah membuka cawangan terbaru restoran mewah miliknya, Nusr-Et Steakhouse di kota London bulan lalu.

Seperti biasa, restoran tersebut dikunjungi oleh ramai selebriti dan penduduk kota London

Dilayan cef terkenal Salt Bae, Aeril Zafrel habiskan RM10,000 makan stik mewah

Aktor dan usahawan, Aeril Zafrel menjadi tumpuan netizen selepas menikmati hidangan stik di restoran mewah milik tukang masak terkenal iaitu Salt Bae sempena percutiannya di London, United Kingdom ketika ini.

Lebih menarik perhatian ramai apabila makanan yang dinikmati bersama isteri Wawa Zainal dan beberapa rakan lain seperti pasangan, selebriti Raf Yaakob dan Mawar Rashid mencecah sehingga RM10,065.

Menerusi satu video dimuat naik di laman Instagram, Aeril atau nama lengkapnya Suhairil Sunari dilihat sedang menyaksikan ‘pertunjukan’ tukang masak dari Turki itu dalam menyediakan menu daging istimewa

4ksi tabur garam dan suapan dari Salt Bae sendiri buat Aeril kelihatan pvas ketika menikmati daging tersebut

“Itulah, lepas ni kalau nak makan kena tengok harga dulu,” seloroh pelakon berusia 34 tahun itu seolah-olah ‘menyes4l’ dengan harga hidangan tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)

Video berdurasi 45 saat berkenaan turut memaparkan dia ‘disuap’ oleh Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe selain berpeluang untuk merakam gambar kenangan bersama tukang masak profesional itu.

Pada penghujung video, pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu hanya mampu mengangguk-angguk kepalanya selepas menerima resit sebelum mengira jumlah harga makanan dalam Ringgit Malaysia.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mengenai harga hidangan terbabit yang disamakan dengan makanan golongan kayangan.

Bagaimanapun, segelintir individu menganggap harga itu adalah berbaloi dengan kelazatan dan tahap populariti restoran berkenaan apatah lagi dihidang sendiri oleh Salt Bae.

Makan untuk setahun.. macam duit hantaran

Berbaloi la tu, makan kat luar negara

Pelanggan ‘Terkejvt’ Kena Bayar RM210,000 Selepas Makan Di Restoran Salt Bae

Sebelum ini restoran tersebut dikunjungi oleh ramai selebriti dan penduduk kota London yang mahu mencuba menu khas yang ditawarkan di sini antaranya daging steak bersalut emas.

Namun tul4r di laman Reddit apabila seorang ahli berkongsikan resit makanan yang perlu dibayar oleh seorang pelanggan di situ. Berdasarkan resit itu, pelanggan terbabit perlu membayar 37,023 GBP (~RM210,000) selepas makan di restoran berkenaan.

Perkongsian itu mengvndang pelbagai reaksi daripada penduduk London. Ada yang mendakwa harga makanan di restoran berkenaan mahal dan ada yang kata ia sebenarnya ‘harga yang berpatutan’.

Jika dilihat pada resit berkenaan, sekitar 20,000 GBP (~RM113,000) dibelanjakan untuk minuman ar4k dan selebihnya untuk makanan. Jika pelanggan ini tidak memesan ar4k, harga makanan yang perlu dibayar adalah sekitar 1,560 GBP sahaja sebelum cukai perkhidmatan.

Namun, harga hidangan side dishes pastri Baklava di sini memang sangat mahal dan jumlah Baklava yang diambil oleh pelanggan ini juga banyak. Menu signature Nusr-Et, Golden Tomahawk dijual pada harga 860 GBP, harga yang ‘munasabah’ bagi sebuah restoran mewah di London.

Ada juga yang berpendapat pelanggan itu tiada masalah untuk membayar dan sengaja menunjuk-nunjuk resit berkenaan di media sosial. Secara tidak langsung, ia memberi publisiti kepada restoran Nust-Et yang baru dibuka.

United Kingdom merupakan antara negara yang sudah menerima kemasukan pelancong dari Malaysia tanpa perlu kuarantin. Jadi, jika anda duit poket lebih, mungkin boleh singgah dan makan steak di sini.

kredit:omm,ig aeiril

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*