Akhirnya Yasin Sulaiman Dapat Bertemu Anak Setelah Tiga Bulan Terpisah

KEHADIRAN dua anak Yasin Sulaiman iaitu Samer dan Malaika di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu bagi memberi sokongan kepada bapanya mencvri perhatian.

Samer, 18 dan Malaika, 14, dilihat hadir bersama bapa saudara mereka, Zain Sulaiman ke mahkamah tersebut bagi mengikuti sebutan semula kes Yasin di dua mahkamah berasingan berkaitan tudvhan meng3dar d4dah jenis g4nja dan menanam 17 pokok dalam pasu plastik dipercayai d4dah.

Kedua-dua remaja berkenaan tenang sepanjang berada di mahkamah malah dilihat sempat menyapa bapa mereka ketika penyanyi lagu Mimpi Laila itu dibawa masuk ke perkarangan mahkamah.

Samer yang tampil berkemeja putih manakala Malaika berbaju putih dan berseluar hijau turut sempat melambai ke arah media yang hadir membuat liputan sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.

Malaika hadir bersama ahli keluarga yang lain.

Sebelum ini abang kepada Yasin iaitu Zain, 50, pernah memberitahu anak-anak penyanyi itu tabah dengan apa yang berlaku.

Malah Samer dan Malaika tabah menghadapi dugaan men1mpa bapa mereka selain menunggu kepulangan Yasin.

Sementara itu, ketika sebutan semula kes di Mahkamah Majistret, pihak pendakwaan meminta kes itu ditangguhkan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung pertudvhan komposer itu berkaitan meng3dar dad4h jenis g4nja seberat 214 gram pada Mac lalu.

Yasin kelihatan ceria ketika dibawa ke mahkamah.

Permohonan itu dibuat pendakwaraya, Mohd Asnawi Abu Hanapiah dihadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah dan mahkamah menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Mengikut pertudvhan itu Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, didakwa meng3dar d4dah berbah4ya jenis g4nja anggaran berat 214 gram di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac 2022.

Bagi pertudvhan tersebut Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta D4dah Berbah4ya 1952 dan boleh dihvkum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantvng sampai m4ti dan jika tidak dihukvm m4ti hendaklah diseb4t tidak kurang 15 seb4tan jika sabit kesal4han.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hakim Jamaludin Mat mengekalkan pertudvhan menanam 17 pokok g4nja dan menetapkan tarikh sama untuk serahan dokumen berkaitan kes.

Abang kepada Yasin iaitu Zain Sulaiman sedang berbincang dengan peguam.

Bagi pertudvhan itu, Yasin didakwa telah menanam 17 pokok dipercayai g4nja di dalam pasu plastik yang diperolehi secara terus atau tidak langsung.

Kesal4han itu didakwa pada waktu, tempat serta tarikh sama, yang mana pertudvhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dad4h Berbah4ya 1952 yang boleh dihukvm dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseks4an yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan seb4tan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesal4han.

Yasin diwakili peguam Arif Azmi, Azizul Shariman Mat Yusof dan Yusmadi Yusoff.

Sumber: mstar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*