Tak Sempat Ambil Pesanan Roti Canai, “Mujur Ada Abang Ni,” Ini Yang Berlaku

DUGAAN ada di mana-mana, begitu nasib yang menimpa seorang pemuda apabila motosikalnya mengalami ker0sakan di tengah jalan.

Lebih memburukkan keadaan, dia yang ketika itu sedang bertugas sebagai penghantar makanan Foodpanda, terp4ksa mencari jalan untuk meneruskan perkhidmatannya.

Tangk4pan skrin klip video yang menunjukkan motosikal Muhammad Fakharuddin dit0lak ke bengkel.

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosialnya pada Ahad, dia merakamkan motosikalnya yang r0sak ditolak dengan bantuan seorang penunggang motosikal.

Pemuda berkenaan, Muhammad Fakharuddin Shahudin berkata, motosikalnya mengalami ker0sakan pada pagi Ahad sewaktu dalam perjalanan untuk mengambil pesanan pelanggan di sebuah restoran, di Setapak, Kuala Lumpur.

Motosikal Muhammad Fakharuddin tersadai di tepi jalan kerana mengalami ker0sakan. Foto ihsan Muhammad Fakharuddin 

Penghantar makanan berusia 20 tahun itu memberitahu, ker0sakan motosikalnya itu menyebabkan dia tersadai di tepi jalan sambil beriktiar mencari penyelesaian.

“Jalan di situ lengang, jauh dari kedai pula dan kebanyakan bengkel di KL tutup pada Ahad. Dengan siapa pula saya nak minta tolong.

“Nasib baik saya belum ambil roti canai dan teh o ais yang ditempah pelanggan, kalau tak macam manalah saya nak pergi hantar makanan tu,” katanya kepada mStar.

Muhammad Fakharuddin baru empat bulan bekerja sebagai penghantar makanan.

Muhammad Fakharuddin yang baru empat bulan bekerja sebagai penghantar makanan berkata, dia kemudian mengambil jalan terakhir dengan memaklumkan mengenai masalah yang dihadapinya, menerusi grup sembang Whatsapp geng Foodpanda.

“Saya minta tolong, ada yang mahu membantu tapi kebanyakannya sama ada nak ambil makanan atau buat penghantaran. Saya turut memaklumkan kepada pihak pengurusan mengenai masalah saya dan tempahan itu diambil oleh petugas lain.

“Tak lama selepas tu ada seorang brother ni sudi nak bantu saya memandangkan dia pun buat penghantaran di kawasan sekitar lokasi saya terk4ndas ni,” ujar pemuda yang berasal dari Serendah, Selangor itu.

Muhammad Fakharuddin menghubungi grup sembang Whatsapp sebagai jalan terakhir.

Bagaimanapun, penghantar makanan bernama Hafiz yang sukarela membantu itu sepatutnya memulakan tugasnya dalam tempoh setengah jam lagi ketika itu.

“Motor saya r0sak kira-kira pukul 11.30 pagi dan brother tu kena masuk kerja pukul 12 tengah hari. Dia ambil break shift yang bermaksud satu tempoh yang dibenarkan oleh pihak pengurusan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau waktu rehat.

“Dia datang ke lokasi saya terk4ndas dan kami ‘berkonvoi’ ke bengkel tapi malangnya tutup, sebelum jumpa bengkel lain pada pukul 12.30 tengah hari.

“Sampai di bengkel, saya kata dia dah boleh pergi kerja, tapi dia nak tunggu sampai selesai. Tempoh break shift adalah 30 minit, jadi dia ambil satu lagi menjadikannya sejam,” katanya yang melakukan penghantaran di sekitar Lembah Klang.

Hafiz membantu Muhammad Fakharuddin yang mengalami kerosakan motosikalnya.

Sementara menunggu motosikalnya dibaiki, Muhammad Fakharuddin berkata, Hafiz yang berusia 21 tahun itu banyak berkongsi pengalamannya sebagai penghantar makanan termasuk tips penjagaan motosikal.

“Kami sebelum ini tidak pernah berhubung, apatah lagi berjumpa. Kami juga membuat penghantaran di kawasan berlainan, tapi bila tolong dah macam adik-beradik.

“Mujur ada abang Foodpanda Hafiz, walaupun dah nak masuk kerja. Saya terharu sebab dia sanggup k0rbankan masa kerjanya dan ambil break shift kerana kec3masan untuk bantu dan tunggu sampai motosikal saya siap dibaiki. 

“Terima kasih banyak-banyak sebab membantu saya. Semoga Tuhan membalas budi baik brother dan dimurahkan rezeki,” ujar graduan Sijil Automotif dari Kolej Komuniti Kelana Jaya itu.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*