Permaisuri Agong Hiba, Ini Sebabnya

BEBERAPA hari menjelang Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meluahkan kesedihan yang terbuku di hati baginda.

Tunku Azizah Aminah Maimunah memberitahu, baginda sedih mengenangkan pemergian ayahandanya Almarhum Sultan Iskandar serta bondanya, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah.

Menerusi rakaman video yang kemudian dimuat naik dalam Instagram pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim, @rizalman71, baginda kelihatan sebak sebaik diajukan soalan mengenai perasaan menjelang hari pertabalan 30 Julai ini.

Dalam video terbabit, Tunku Azizah Aminah Maimunah memberitahu, “Nampak tak I tengah menangis? Sedih ni.”

Paling menyedihkan apabila baginda bersama Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan duduk di singgahsana yang mana suatu ketika dahulu ia pernah diduduki Almarhum ayahanda dan bondanya ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Apabila Rizalman bertanyakan mengapa baginda menangis, Tunku Azizah Aminah Maimunah menjawab, “Kerana ayahanda dah tiada, sedihlah. Hiba sungguh yalah mak bapak (bonda dan ayahanda) kita (baginda) takde (tiada).

“Doakanlah saya dan Tuanku selamat, panjang umur, sihat walafiat dan dapat menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong sebaik-baiknya.

Suasana itu membuat beberapa rakan lain yang berada bersama baginda turut bersedih, malah ada yang dilihat mengesat air mata.

“Dapat berkhidmat kepada rakyat,” katanya sambil mengesat air mata.

Video dimuat naik @rizalman71 itu mendapat perhatian daripada netizen yang turut mendoakan baginda semoga diberi kesihatan yang baik.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ekslusif, hanya di @rizalman71 IG. Awani ka Bernama ka pon x dapat footage ni. Daulat Tuanku

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*