Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin adalah salah seorang dari ahli kumpulan penyanyi wanita, De Fam. Kumpulan tersebut yang turut disertai oleh Azira Shafinaz dan Sophia Liana cukup terkenal dengan lagu catchy dan gerakan tarian mereka.
Bulan lalu Cik Manggis mula bertudung dan membuatkan ramai terkejut serta memuji penampilan terbarunya itu. Walaupun sudah tampil bertudung, namun penyanyi ini masih berpakaian dengan bergaya sekali. Lihat sahaja beberapa gaya dari Cik Manggis ini:
Malah menerusi foto terbaru, Cik Manggis kongsi tips dalam pemilihan pakaian. Di ruangan kapsyen dia menulis seperti berikut:
“Orang kata, orang rendah jangan pakai baju oversized nanti nampak pendek. Manggis kata, pakai apa yang awak selesa”.
Siapa setuju dengan pendapat Cik Manggis ini? Ada benarnya juga, apa yang penting selesa dan nampak sopan menutup aurat. Cik Manggis kongsi tips memilih pakaian yang sesuai tersebut telah meraih lebih 10 ribu liked.
Rata-rata warganet dan rakan selebriti turut bersetuju dengan pendapat Cik Manggis dalam memilih pakaian ini. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Yang penting awak tetap nampak styloooo”
“Selesa itu paling penting”
“Sesetengah orang tak tahu sebenarnya baju oversized lahh yang paling selesa!!”
Sumber:HCL
Leave a Reply