“Lepas 4 Tahun Jika Itu Takdirnya, Halang Pun Tak Guna” – Puteri Sarah

SELEPAS isu rumah tangga pengarah Syamsul Yusof semakin panas dan masih menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen, isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana pula tampil memberi respon berhubung perkara itu.

Ujar Sarah, dia tahu ada spekvlasi mengatakan Syamsul telah bertunang dan berkahwin dengan Ira Kazar namun dia memilih untuk tidak ambil pusing tentang perkara itu.

Selepas empat tahun berdiam berdepan ujian tersebut, Sarah berkata dia kini sudah ikhlas dengan apa yang berlaku dan berharap suaminya berlaku adil dan tidak lupakan tanggungjawab sebagai bapa terhadap anaknya.

“Selepas empat tahun benda ni berlaku terhadap saya, saya dah lalui banyak ujian dan kec4man. Saya memilih untuk berdiam diri.

“Tapi sampai bila saya nak terus berdiam dan biarkan ment4l saya s4kit. Saya tak nak anak-anak saya nampak saya dalam keadaan macam tu nanti akan menjejaskan mereka.

“Kena ikhlas dengan apa berlaku, saya kena teruskan hidup macam biasa. Fokus kepada kerjaya dan anak-anak serta keluarga,” katanya kepada mStar.

Ira Kazar Nafi Bertunang

Seakan cuba memberitahu bahawa dia sedar namanya kini sedang hang4t diperkatakan oleh orang ramai gara-gara spekvlasi menjadi tunangan Syamsul Yusof, Ira Kazar, memberikan sedikit petanda di Instagram Storiesnya (IGS) malam tadi.

Menerusi IGS tersebut, anak pelakon veteran, Kazar Saisi ini memaklumkan bahawa dirinya masih single buat masa ini.

“By the way, saya masih single okey!” katanya secara ringkas.

Sebelum berkongsi kenyataan itu, Ira dilihat baru selesai menonton filem berjudul Black Phone di sebuah pawagam.

Sambil berjalan keluar dari panggung, Ira membuat sedikit ulasan peribadi mengenai filem tersebut sebelum secara tiba-tiba memberi ‘hint’ tentang status dirinya kini.

Tindakan Ira itu tidak dinafikan, seakan mengena dengan situasi terkini yang mana, sehingga sekarang ramai sedang tertanya-tanya tentang kebenaran spekulasi hubungan antara dia dan Syamsul.

Semalam, bertebaran di media sosial mengenai satu hantaran di forum gosip mendakwa suami pelakon Puteri Sarah itu sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan Ira.

Menerusi perkongsian hantaran dan paparan skrin dibuat di media sosial oleh seorang pengguna dengan nama, HannahMontana itu, pihak terbabit memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang.

“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!,” tulisnya.

Selain itu, paparan skrin tersebut juga kemudiannya dikongsi oleh isteri Syamsul, pelakon, Puteri Sarah Liyana di Instagram Story (IGS) sambil menyatakan ucapan khas buat Syamsul.

“Terima kasih DM saya. Kalau betul, Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” katanya.

Berkenaan pergol4kan rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, terdahulu Datuk Yusof Haslam sendiri pernah menyuarakan kesedihan selain berharap agar pasangan itu menemui jalan damai. Baru pulang sekitar Mei lalu selepas mengerjakan umrah, akhirnya ibu 2 anak tersebut tampil berkongsikan suara hatinya secara umum.

Lepas balik umrah, sebenarnya Sarah nak tenang-tenang je…Sarah mal4s nak bising-bising

Dalam perbualan dengan portal mStar, Puteri Sarah menjelaskan dia sebenarnya mahu lebih tenang selepas berpeluang mengerjakan ibadat tersebut. Namun tanpa diduga, Allah sekali lagi mengujinya dengan penul4ran khabar angin berkaitan suaminya sudah bertunang dengan pihak ketiga terbabit.

Apa yang jadi lepas ini, itulah takdir…Sarah dah bersedih 4 tahun lepas, takkan nak berlarutan?

Selepas 4 tahun bertahan dengan kem3lut itu, dia seakan-akan memberikan gambaran enggan lagi berterusan duduk dalam situasi sebegitu. Ditanya mengapa dirinya nampak ‘ikhlas’ selepas menerima DM pemberitahuan kononnya Ira Kazar sudah berkahwin dengan suaminya, Puteri Sarah cuma berkata dia telah pun berlapang d4da dengan apa juga takdir ditetapkan oleh Allah di masa depan.

Ke mana hala tuju, Sarah ikut saja…Yang penting sekarang adalah anak-anak

Apa jua yang berlaku nanti, dia cuma berharap agar pengarah terkenal itu tidak mengabaikan tanggungjawab terutamanya buat 2 orang anak mereka. Menyebut tentang tindakan sivil yang akan dikenakan terhadap wanita itu atas pertudvhan ganggvan privasi selama 4 tahun, Sarah mengesahkan ia tetap akan diteruskan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*