“Janganlah Pertikai Berapa Nilai Duit Raya Saya Bagi”- Iqbal Zulkefli – Murai MY

Usahawan kontroversi dan penyanyi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas terdapat segelintir pihak yang mempertikai nilai duit raya yang diberi olehnya  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 baru-baru ini.

Usah Pertikai Nilai Duit Raya Yang Diberi

Menerusi hantaran di Instagram, Iqbal meminta pihak terlibat untuk tidak mempertikai nilai duit raya yang diberi olehnya yang harus memberikan duit raya kepada ramai orang.

“Janganlah pertikai berapa nilai duit raya saya bagi, kepada siapa. Inikan raya. Saya perlu bagi kepada ramai orang. Satu tempat saya bagi beratus orang terima.”-Iqbal

Menghabiskan Puluhan Ribu Ringgit

Tambahnya lagi, Iqbal turut menceritakan bahawa dirinya menghabiskan puluhan ribu ringgit disebabkan ramai orang yang datang bertemu dengannya.

“Langkah kaki keluar sahaja rumah, saya akan habiskan puluhan ribu ringgit kerana sangat ramai yang datang”-Iqbal Zulkefli

Tidak Jadikan Duit Raya Sebagai Syarat Untuk Beraya

Usahawan kontroversi turut menitipkan pesanan buat pihak terlibat untuk tidak menjadikan duit raya sebagai syarat untuk beraya.

“Jangan minta RM1000, kasihan ramai lagi orang lain. Jika nak ikutkan orang susah, RM10,000 seorang pun tidak cukup. Jangan jadikan duit raya sebagai syarat beraya. Raikan silaturrahim bersama. Bersyukur.”-Iqbal Zulkefli

via Instagram Iqbal Zulkefli

Terdahulu, Murai My melaporkan Iqbal Zulkefli yang telah dituduh melakukan pemerdagangan manusia selepas mengambil seorang anak angkat lelaki baru-baru ini. Malah, Iqbal turut menasihati netizen agar berhenti mengeluarkan perkataan yang tidak baik kepada anak angkatnya itu.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*