Ramai Puji Watak Nil Jibril & “Ust Madi” Dalam Cerekarama ‘Terima Kasih Ibu’ Kerana Buat Penonton Menangis

Bersiaran pada jam 10 malam semalam, slot Cerekarama TV3 telah menyiarkan sebuah telefilem berjudul Terima Kasih Ibu. Menggandingkan barisan pelakon hebat seperti Azhan Rani, Nad Zainal, Adam Corrie, Sherie Merlis dan juga Nafiz Muaz, nampaknya telefilem ini berjaya meruntun jiwa penonton. Tidak ketinggalan, ramai juga yang berpuas hati dengan lakonan mantap dari pelakon baru, Nafiz Muaz!

Mengisahkan tentang  remaja bernama Nil Jibril (lakonan Nafiz Muaz), dia merupakan seorang pelajar bermasalah. Lebih teruk lagi, ibunya Zaitun (lakonan Sherir Merlis) pula amat membantah perbuatan  guru yang menghukum kesalahan anaknya itu.

Situasi bertambah buruk apabila Nil Jibril telah memukvI rakan sekolahnya dengan teruk sekaligus mengakibatkan dia dimasukkan ke sekolah jvvana. Setelah keluar dari sekolah jvvana, Nil Jibril terjebak pula dengan jen4yah baru sehingga dimasukkan ke penjara.

Ketika ini, Nil mula menyesali segala perbuatan buruknya. Namun semuanya sudah terlambat apabila Nil dijatuhi hukvman gantung sampai m4ti. Zaitun juga terpaksa menerima hakikat bahawa semua masalah ini berpvnca dari sikapnya yang suka menyebelahi Nil apabila remaja itu melakukan masalah. 

Jangan risau…Ibu akan lindungi Nil…

Watak Nil Jibril telah menjadi spotlight dan lakonan mantap oleh Nafiz Muaz ini juga diakui oleh Azhan Rani sendiri. Dia sebagai Nil Jibril sangat menjadi…

Rata-rata penonton tidak menafikan bahawa telefilem ini berjaya menitiskan air mata mereka. Tidak ketinggalan, ramai juga yang memuji lakonan Nafiz Muaz walaupun dia adalah pelakon baru. Tahniah Nafiz berjaya watak dengan penuh penghayatan

Salut ustazd Hamadi..sy ngan cucu tengok tk berkedipun..bnyk terjadi dimasyarakat kisah mcm tu..tabik ck Gu..

Menangis abg bro..lakonan korang memang trbaek lah..abg salute..Allahukbar maha suci Allah

Sumber : Youtube Drama Sangat Official, Instagram Azhan Rani dan Nafiz Muaz

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*