“Saya Lebih Suka Makan Masakan Sendiri” – Ara Johari Kongsi Rutin Bulan Ramadan

Penyanyi popular, Ara Johari berkongsi rutin menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Menurut Ara, dia akan memasak sekiranya ada masa terluang dan tidak sibuk dengan jadual pekerjaannya.

“Saya memang suka memasak, saya lebih suka makan masakan sendiri ketika berbuka puasa, kalau ada masa terluang, saya memang akan turun ke dapur.

“Kadang-kadang, saya juga akan pergi ke bazar untuk membeli makanan, bergantung kepada keadaan dan masa,” katanya kepada Gempak.

Ara ditemui di majlis Ramadan Raya Screening anjuran Astro bertempat di The Majestic Hotel Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Dalam perkembangan lain, Ara bakal melancarkan single terbarunya yang dijangka menemui peminat pada bulan Ogos ini.

“Insya-Allah, saya akan melancarkan single keempat pada bulan Ogos ini, ia masih bergenre balada dan saya kini sedang sibuk dengan proses menyiapkan single tersebut,” tuturnya menutup bicara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*