“Saya Selesa Dengan Hael” – Dayang Nurfaizah Buka Mulut, Jawab Status Dengan Hael Husaini

KESERASIAN penyanyi Dayang Nurfaizah bersama Hael Husaini sering disalah tafsir golongan peminat lebih-lebih lagi apabila mereka kerap dilihat bersama.

Namun Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 38, berkata dia selesa dan serasi bekerjasama dengan Hael hanya sebagai rakan duet sahaja.

“Biasalah peminat suka lihat saya dan Hael sebab kami selalu bersama. Sejujurnya, saya selesa dengan dia tapi sebagai rakan duet.

“Saya rasa senang bekerjasama dengan Hael. Dia seorang yang sangat berbakat dan kami pun serasi apabila berduet.

“Tapi soal jodoh tu susah nak cakap, tapi bagi saya dia memang seorang rakan duet yang saya selesa,” kata Dayang kepada mStar.

Kejayaan lagu Haram nyanyian Dayang dan Hael hingga menjuarai Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) mendorong peminat untuk cuba ‘menyatukan’ mereka sebagai pasangan kekasih.

Dalam pada itu, Dayang memberitahu buat masa ini dia belum mempunyai perancangan untuk kembali bekerjasama dengan penyanyi lagu Jampi itu kerana ingin fokus kepada single solo.


Dayang mahu fokus single solo.

“Buat masa sekarang, tak ada perancangan lagi kerana saya rasa nak lebih fokus pada solo dahulu.

“Tapi pada masa hadapan, apa salahnya. Bagi saya, lagu Haram itu sendiri banyak memberi kenangan kepada saya.

“Ia memberi pencapaian terbaik dalam karier saya dan kalau ada lagi lagu duet, kena tengok mana yang sesuai,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*