“Sondol je kereta tu” – Jentera Bomba Gagal Keluar Dari Balai Disebabkan Ada Kereta Block

“Sondol je kereta tu” – Jentera Bomba Gagal Keluar Dari Balai Disebabkan Ada Kereta Block

Rumah terbakar panggil bomba,

Bomba datang berlumba-lumba..

Antara bait lagu permainan yang popular suatu ketika dahulu pada zaman kanak-kanak.

Tapi malangnya akibat sikap mementingkan diri dan tak berhati perut, ada juga pihak yang menghalang tugas penjawat awam ini.

Kereta parking depan pintu balai bomba

Sebuah video tular di media sosial apabila beberapa anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam terpaksa menolak kereta milik awam yang menghalang laluan mereka.

Video berdurasi 12 saat itu menyaksikan mereka yang lengkap beruniform terpaksa menolak sebuah kereta Toyota Vios berwarna silver yang diletakkan di hadapan pintu keluar balai bomba itu.

Video

Parking sebab pergi pasar malam

Menurut sumber Facebook, kejadian itu berlaku semasa mereka dalam perjalanan dipercayai bagi menyelamatkan seorang penunggang motosikal yang lemas terhimpit selepas dilanggar sebuah kereta di Sabak Bernam.

Malangnya, mangsa difahamkan telah meninggal dunia.

Malah beberapa komen di media sosial juga mendakwa, terdapat sebuah pasar malam berhampiran berdekatan balai bomba terbabit menyebabkan penduduk suka meletak kereta di situ.

Sumber: Facebook

“Nasib orang bomba hati baik..kalau aku..”

Semestinya keadaan ini membuatkan ramai yang kecewa dan marah dengan tindakan pemilik kenderaan itu.

Malah ada yang mahukan pihak bomba pecahkan saja cermin kereta berkenaan dan turunkan handbrake untuk alihkan.

Sumber: Facebook

Tak pasti bagaimana mereka mengalihkan kenderaan terbabit pada penghujungnya.

Yang pasti, sikap orang mementingkan diri macam inilah yang melambatkan usaha kerja-kerja menyelamat badan beruniform.

Sumber : lobakmerah.com via mediaohsem

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*