Ramai sayu, anak OKU tak menangis kebumikan bapa dan ucap ‘bye’. 3 hari kemudian, apa yang jiran nampak mengejutkan keluarganya

Ramai sayu, anak OKU tak menangis kebumikan bapa dan ucap ‘bye’. 3 hari kemudian, apa yang jiran nampak mengejutkan keluarganya

PEMERGIAN insan tersayang memang meruntun hati dan memberi kesan mendalam lebih-lebih lagi ketika Syawal menjelang tiba beberapa hari sahaja lagi.

Demikian yang dirasai Siti Nur Athirah Hairudin sekeluarga selepas bapanya dijemput Ilahi akibat penyakt jantung, Khamis lalu.

Apa yang lebih menyedihkan apabila abang kepada Athirah, Mohamad Nazren Amin yang mempunyai masalah D0wn Syndrm cukup rapat dengan arwah bapa mereka.

Bagaimanapun, Nazren sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarga langsung tidak mengerti tentang sebuah pemergian yang pasti tidak akan kembali lagi.

“Pada malam Khamis selepas ayah mennggal, dia pandang pelik tengok ramai yang datang ke rumah melawat jenzah sebab dia tak tahu ayah dah mennggal.

“Bila keesokan harinya nak kebumikan jenzah ayah, kami lihat dia sebut ‘bye ayah’ sampaikan kami empat beradik terkedu dan tersentuh hati.

“Dia tahu ayah dah tak ada sebab dengar kami sering sebut ‘ayah dah takde’ tapi dia tak tahu sebenarnya ayah dah pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Arwh bapa Athirah, Hairudin Mohd Salleh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Teluk Muroh, Lumut, Perak, pada Jumaat.

Selepas ayah dah tak ada, saya nampak dia mula termenung dan kadang-kadang senyap tetapi dia tak menangis. Dia gembira dan ketawa macam biasa. ATHIRAH

Menceritakan tentang hubungan dua beranak itu, Athirah yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu mengaku abangnya yang kini berumur 21 tahun itu sangat rapat dengan bapanya dari kecil sehingga dewasa.

“Dia sangat rapat dengan ayah sehinggakan nak pergi mana-mana, mesti berteman dengan ayah.

“Sepanjang ayah terlantar sakit di rumah sebelum mennggal, dia yang sentiasa ada di sisi ayah dan tolong apa yang patut untuk ayah memandangkan dia memang duduk di rumah.

“Selepas ayah dah tak ada, saya nampak dia mula termenung dan kadang-kadang senyap tetapi dia tak menangis. Dia gembira dan ketawa macam biasa,” ujarnya yang kini masih menunggu keputusan sambung belajar.

Namun, di sebalik keceriaan yang ditunjukkan Nazren, mereka sekeluarga akhirnya sedar bahawa terselit perasaan sedih dalam hati insan istimewa ini yang sukar dimengertikan oleh sesiapa pun.

“Memang waktu malam ayah mennggal, reaksi dia macam budak-budak lain yang tak tahu apa-apa, saya lihat dia gembira dan ketawa seperti biasa.

“Tetapi jiran saya baru bagitahu semalam (Ahad) yang dia ternampak abang saya menangis di tepi rumah sorang-sorang.

“Saya terkejut selepas diberitahu macam tu sebab abang saya ni jenis susah nak tengok dia menangis. Reaksi dia sebelum ini pun biasa-biasa sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, posting yang dimuat naik Athirah tentang abangnya itu tular dan mengundang reaksi sedih daripada netizen.

Gambar Nazren yang dikongsi oleh Athirah meraih kira kira 18,300 ulang kicau dan 16,800 tanda suka.

sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*