“Comel Tak Saya Hari Ni, Terima Kasih Nurse Sudi Pakaikan Saya Baju Yang Cantik”

“Comel Tak Saya Hari Ni, Terima Kasih Nurse Sudi Pakaikan Saya Baju Yang Cantik”

_nrlerwani “Comel tak saya hari ni. Terima kasih nurse pakaikan saya baju yang cantik cantik di sini dan bagi saya kawan teddy bear” – Ainul Mardhiah🤗🤗❤️

Sumber Instagram : nrlerwani

Sebagai doktor, kami bantu sesiapa saja – Dr Amalina

“SAYA dengan rendah diri ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua doktor yang sudah merawat Ainul sama ada di Malaysia atau di United Kingdom (UK).

“Janganlah dibandingkan usaha mana-mana doktor,” kata Dr Nur Amalina Che Bakri melalui status Instagram (IG) Story.

Dr Nur Amalina memberi reaksi itu selepas pelbagai reaksi ditimbulkan segelintir warganet berhubung pembedahan membuang ketumbuhan pada Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin berusia sembilan bulan yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumour’ di sebuah hospital di London, pada 10 Jun lalu.

Menjelaskan lanjut, Dr Nur Amalina berkata, sebagai doktor, mereka tidak pernah meletakkan sebarang kepentingan peribadi apabila membantu pesakit, sebaliknya akan membantu sesiapa sahaja sebaik mungkin, begitu juga pembedahan terhadap Ainul Mardhiah.

“Kami sebagai doktor akan membantu sesiapa sahaja jika mampu tidak kira di mana kami berada, tidak ada kena-mengena dengan isu peribadi dan sebagainya.

“Sudah tertulis rezeki Ainul untuk mendapat rawatan di UK. Jangan dipersoalkan di mana pembedahan (dijalankan), apa yang penting ia sudah berjaya.

“Jangan menyakiti hati ibu bapa Ainul, anda tidak berada di tempat mereka. Pastinya ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka,” katanya melalui status berkenaan.

Dia juga menyeru orang ramai untuk doakan kesihatan Ainul Mardhiah, begitu juga kepada semua doktor tanpa mengira di mana mereka berada kerana sudah banyak berkorban untuk membantu pesakit.

Ketumbuhan pada mulut Ainul Mardhiah mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram sebelum berjaya dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Keadaan kesihatan Ainul Mardhiah kini semakin stabil dan dia sudah hisap jari sambil melihat kiri dan kanan.

Sumber : Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*