Kena Perli Ada Degree Tapi Tak Kerja. Inilah Jawapan Balas Isteri Atu Zero, Memang Terbaikklah

Selepas kne perli ada degree tp tak kerja, ini ‘JAWAPAN’ padu isteri Atu Zero. Mmg terbaekk

Isteri pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari menempelak sesetengah pihak yang sering mempersoalkan keputusannya untuk menjadi suri rumah.

Shafeeqa meluahkan isi hatinya menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Kata Shafeeqa dia lebih selesa menjaga anak-anaknya sendiri berbanding menyerahkan tanggungjawab itu untuk diuruskan oleh pembantu rumah.

Status yang dimuat naik Syafeeqa sambil berkongsi keratan sebuah artikel

“ Baiklah, saya setuju dengan sis… Saya tak ada maid, jaga anak dirumah sepenuh masa sambil buat kek lapis. Sebab itu je yang saya rasa nikmat walaupun sering dikatakan ‘ada degree tapi tak kerja.

“ Come on, saya kerja dari rumah duit masuk okey. Saya tak suruh mak/ mak mentua jagakan anak saya.

“ Nikmat basuh botol anak bertimbun dalam sinki. Nikmat tido 2 jam bangun menyusukan anak, nikmat cuci baju baby, baju sendiri hantar dobi.

“ Tak muat rumah nak sidai, maklumlah gemuk, baju besar-besar, nikmat dengar anak dua-dua menangis serentak.

“ Nikmat tengok baby shark dodododo, nikmat kena kutuk dengan suami. Nikmat semua tu Allah dah tentukan.

“ Tapi kalau aku ada maid, baik, rajin senang dah hatiku. Bersyukur jelah anak rapat dengan kita bila kita sendiri jaga.

“ Orang lain tu perlu bekerja untuk tampung belanja rumah. Rezeki masing-masing.

“ Ada suami yang sanggup berabis untuk lihat isteri cantik, ada suami yang katanya gurau-gurau tapi puji-puji orang lain, isteri sendiri dikutuk.

“ Ada suami yang terima je seadanya, malah dihormati, diagungkan lagi isterinya. Kita enjoy je life.

“ Kalau rasa bosan, cium anak-anak. Nikmat lah tu. Mak-mak yang bekerja tu tak dapat nak cium anak 24 jam.

“ Anak-anak saya menyusu dengan hasil pembelian kek dari anda. Insya-Allah nanti mereka besar berbakti kepada semua orang dengan baik.

“ Saya tak beli emas untuk diri sendiri, tiada bag LV untuk melaram, cukuplah saya dapat melihat anak-anak membesar dengan cukup sempurna, terima kasih,” luahnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan luahan Shafeeqa.

” Saya setuju, cmtu jgk saya..makcik-makcik bising knape tak kerja dah ada degree, yg kawan-kawan lak jeles sbb saya dok umah laki tanggung, tp saya bkn dok saje-saje, tugas housewife ni lg memenatkan dari kje tapi sangat berbaloi..plus ade jgk buat part time, adela duit sikit beli alat makeup..”, komen seorang netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*