Bangkit demi kerja keras isteri, suami pengasas Dnars titipkan pesanan buat anak

Sebulan sudah Puan Faziani mening g4lkan kita. Sebak baca nukilan sang suami buat anak sulung 😢😥

Selepas lebih sebulan pengasas kosmetik terkenal Puan Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand, semalam, suaminya iaitu Rizal Ibrahim telah menitipkan pesan buat anak lelaki pengasas itu.

Nukilan buat anak sulung penyambung legasi
Rizal Ibrahim telah memuat naik nukilan kata-kata sokongan kepada Iqbal Hakim yang juga merupakan anak tirinya. Posting tersebut turut disertakan dengan sekeping gambar mereka berdua.

Menerusi muat naik tersebut, Rizal telah berpesan kepada Iqbal supaya meneruskan legasi perniagaan yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham ibunya. Hal ini kerana Iqbal merupakan anak sulung dan paling layak untuk bersamanya membangunkan lagi empayar perniagaan yang telah terbina.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Puteraku… @iqbar_hakim Walau langkah x lagi bersambut.. Walau jalan x lagi berpimpin.. Teruskanlah kurniaan yg ditinggalkan ini.. Kurniaan hasil usaha arwah mumy dan papa.. Demi Legacy Dnars.. Lambang cinta arwah mumy dan papa.. Lambang usaha jerit perit arwah mumy dan papa.. Lambang kasih arwah mumy dan papa terhadap anak2.. Puteraku.. Kini tugasmu menggalas tanggungjawab yg ditinggalkan arwah mumy dan papa.. Papa hanya mampu memberi semangat..tunjuk ajar serta ilmu yg ada.. Papa tidak akan pernah meninggalkan kamu berseorangan menentang badai dan gelombang dlm dunia perniagaan serta kehidupanmu. Salam jumaat. . #RF #hebatdnars #dnarsmalaysia #dnarsindonesia #dnarsgold

A post shared by Rizal_ibrahim (@rizal_ibrahim77) on

“Teruskanlah kurniaan yg ditinggalkan ini..
Kurniaan hasil usaha arwah mumy dan papa..
Demi Legacy Dnars..”

Rizal turut berpesan kepada anaknya itu supaya sentiasa bersemangat dan terus melangkah dengan kuat demi harapan arwah ibu serta dirinya sendiri sebagai bapa. Dia juga menambah tetap akan menyokong setiap perjalanan Iqbal dalam menguruskan empayar perniagaan mereka.

“Papa tidak akan pernah meninggalkan kamu berseorangan menentang badai dan gelombang dlm dunia perniagaan serta kehidupanmu.”

Perkongsian coretan tersebut turut dibalas oleh Iqbal yang nyatanya menganggap Rizal seperti bapanya sendiri dan mengakui amat menyayanginya.

Semoga terus gagah menempuh perjalanan

Muat naik posting tersebut di akaun Instagram Rizal telah mendapat pelbagai maklum balas oleh warganet. Rata-rata turut menitipkan kata semangat kepada Iqbal dan juga keluarga Allahyarham Puan Faziani agar terus maju jaya.

Kapsyen penuh makna & erti

Semoga Dnars terus maju

teruskan perjuangan arwah

Sumber :Rizal Ibrahim / OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*