‘Adik Tidur Di Tepi Bangunan’ Dan Tersentuh Orang Ramai Bila Ustaz Ebit Lew Suap Makanan Guna Tangan Pada Anak Jalanan

‘Doakan saya Dapat Beli Tanah dan Bina Resort Iman Untuk Mereka’.  Ini Antara Luahan Padu Ustaz Ebit Lew Pada Anak-anak Terbiar dan Inilah Respon Sebenar dari Dakwah Ustaz Ini.

Perjalanan Dakwah Ustaz Ebit Lew yang menggunakan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW tidak dapat sisangkal lagi dan sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya ‘Ustaz Ebit Lew‘ disegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Ustaz Ebit Lew menggunakan cara yang sederhana dalam dakwahnya dan dengan tingkahlakunya yang sopan dan tuturkata yang baik dia disukai oleh sesiapa saja yang mengenalinya dan masyarakat memandangnya sebagai seorang yang mudah bergaul termasuk orang-orang miskin,gelandangan,anak-anak jalanan dan begitulah bakat yang Allah SWT beri padanya.

Kita biasanya selesa hidup dirumah dan senang beribadah dan mempunyai keluarga dan anak-anak tapi adakah kita fikir diluar sana masih ramai yang tidak mempunyai keluarga dan makanan,begitulah harapan Ustaz Ebit Lew memperjuangkan hikmah dakwahnya melayang golongan-golongan susah ini hinggakan kali ini contohnya anak-anak jalanan yang mungkin tiada ibubapa dan saudara.

Video

Hikmahnya cara dakwah Ustaz Ebit Lew menyampaikan cerita bab kasih sayang dan hubungan kekeluargaan terutama ibu dan walaupun dijalanan namun begitulah kesabaran yang ditunjukkan oleh Ustaz Ebit Lew.

Kapsyen Ustaz Ebit Lew

Hari air mata. Baru sampai anak-anak berlari dekat saya. Peluk cium saya. Tak sempat tolak. Yang besar sikit pun peluk. Yeye ustaz datang bagi ceramah. Mereka cepat-cepat kumpul. Bila cerita pasal mak ayah ramai menangis. Bila saya kata kita berhenti dulu makan. Adik-adik comel kata tak nak makan. Nak dengar ceramah lagi,Bila nak bagi makanan semua anak tolongg paling sedih masa nak balik ramai-ramai naik kereta katanya nak ikut ustaz. Macam mana nak suruh turun. Ustaz bila nak bawa kami jalan-jalan. Semua nak ikut dan happy sangat wajah mereka,Akak tu kata ustaz dah buat asrama boleh didik anak kami. Sedih dengar. Semua anak baik-baik. Semua anak tanya bila nak bawa kami belajar iman. Belajar agama. Ermm sedih tak tahu nak jawab macam mana. Ada remaja-remaja besar ada laki dan ada perempuan saya tanya tidur mana. Macam biasa ustaz dekat jambatan. Pergh memang sedih.

Ada yang ada rumah. Tapi tengoklah satu bilik sewa duduk ramai-ramai. Semua duduk sekali. Kadang bagi kawan tumpang. Baik tidur tepi jalan angin banyak..situlah tempat bermain dan rasa lapang.tengok orang tengok jalan macam astro untuk mereka sedihnya ya Allah Doakan saya yer satu hari dapat beli tanah buat resort. Dapat bawa anak-anak recharge iman di situ dengan suasana iman. Begitu juga muallaf yang ingin belajar agama boleh bawa mereka terus beberapa hari ke situ. Jika mereka semangat terus hantar ke mana-mana madrasah atau pusat latihan atau terpulang mereka. Doakan supaya Allah kabulkan niat saya satu hari nanti.

Apapun pun syukur sekarang jika program jangka panjang saya sewa resort untuk kem anak remaja sampai 500 orang 3hari 2malam. Untuk program mak ayah selalu sewa matradekL-ebitlew

Sempena Ramadan ini Ustaz Ebit Lew terpanggil untuk berjumpa anak-anak jalanan dan betapa layanan istimewa yang beliau tunjukkan pada anak-anak ini.

Rindu anak-anak ini

Luahan Ustaz Ebit Lew,Sebak rindu anak-anak remaja yang baik-baik ini.Terus singgah berhenti kereta. Saya turun dulu. Suh kawan saya yang selalu drive cari parking. Sampai-sampai ada beberapa anak ini yang saya pernah jumpa sebelum ini. Terus beri salam. Mereka datang dan peluk saya. 10 remaja lelaki. 2 remaja perempuan.

Saya tanya dah makan. Jom belanja makan. Jom ustaz lapar belum makan. Duduk mana ni? Ada yang dari selayang,wangsa maju,danau, cheras. Merata-rata tempat tinggal mereka.

Happy Kena Suap

Sedih lak Ramai yang ukir tatu kat belakang. Walau tatu tak kekal. Mereka lukis belakang badan kawan-kawan. Ada yang lukis kat tangan. Masing-masing order makanan dan air. Mereka malu-malu bila nak order. Sebab mungkin risau nak order. Bila makan, saya mula suap mereka. Mereka happy jer kena suap. Wah ustaz makan suap-suap. Kata yang perempuan 2 orang tu. Ish, suap lelaki jer , Saya kata jom solat. Ustaz,mandi wajib pun belum dah lama tak mandi wajib. Ada yang bau rokok, Sedih gak kecil-kecil lagi. Tapi mereka semua baik-baik sangat. Benar bila dalami mereka semua ada masalah keluarga. Tekanan hidup dan jiwa anak yang ingin kebebasan. Mereka kadang-kadang salah pilih jalan.

Betapa gembira budak ini disuap Ustaz Ebit Lew yang merasa tidak ada sesiapa yang melayan sebegini

sedapnya

Lihat Tidur Tepi Jalan

Saya dah try beberapa kali. Bila ajak naik kereta memang diaorang suka. Selalu baik kereta saya jalan-jalan Saya kata adik tidur mana malam ni. Mulalah dengar gurau mereka. Tapi sedih campur risau. Ya Allah.sedihnya dengar,Tidur rumah nyonya ibu ayam ini lah. Tidur rumah dato itu ini. Walau bergurau tapi saya risau dengar saya pernah lihat mereka beberapa kali tidur tepi bank. Tidur tepi bangunan. Sedih sangat rasa..ya Allah,Jom ustaz check inn kan. Dapat solat dan menangis sama-sama. Berpelukan. Dengar kisah hidup anak remaja kita. Puluh ribu anak muda kita sangat perlukan bimbingan kita semua. .

Doakan saya dah beli tanah nak bina resort iman untuk semua masalah anak muda dan masalah keluarga. Buat ceramah dan didikan berterusan. Syukur pertubuhan kasih umat Malaysia telah terbina. Pohon doa semua-ebitlew

Komen Netizen

semoga murah rezeki

Doa saya semoga suatu hari nanti dapat jumpa ustaz

Semoaga apa yang diperjuangkan oleh Ustaz Ebit Lew menjadi contoh teladan pada kita dari berbagai aspek dimana kehidupan duniawi yang sementara ini hendaklah dipergunakan sebaik mungkin untuk menuju jalan akhirat yang kekal.Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menguji kita semua siapa yang paling bertaqwa dan kuat imannya dan dugaan yang diuiji itu dari berbagai jenis dan bagaimana kita hendak atasi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber : IG ustaz Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*