Akhirnya Buka Mulut Dedahkan Kisah Sebenar Dilamar Madunya

Sesungguhnya tidak pernah terlintas pun dalam diri saya untuk berp0ligami dan apatah lagi akan menerima suami orang.

Kisah seorang ibu tunggal dua anak ini tealah tekad untuk tidak berkahwin lagi, apatah lagi untuk hidup berp0ligami selepas mahligai yang dibina sebelum ini bersama ex suaminya musnah kira-kira dua tahun lalu.

Pada masa itu Nur Fath0nah Abdul Rahim hanya terfikir untuk bekerja keras demi menampung kehidupan mereka tiga beranak.

Nur Fath0nah (kiri) mengenali m@dunya menerusi Facebook.

Semenjak dari itu lah kehidupan saya hanyalah untuk anak-anak saya sahaja. Saya bertungkus lumus bkerja siang dan malam demi mencukupkan keperluan kehidupan,” katanya dalam satu status di Facebook.

Jelasnya, wanita berusia 30 tahun itu, dia juga cuba merahsiakan statusnya sebagai ibu tunggal daripada diketahui umum.

Dari mata masyarakat, saya masih isteri orang dan saya sedaya upaya cuba menutup status sebenar saya sebagai ibu tunggal. Ini adalah kerana, bagi saya, saya tidak mahu orang mengambil kesempatan dan saya dipandang rendah dan hinaa.

Sememangnya ramai yang tidak tahu dan hanya segelintir keluarga yang betul-betul rapat sahaja yang tahu. Bagi saya, sebagai ibu tunggal, kita tidak patut minta belas ihsan daripada orang lain selagi kita boleh berusaha dengan kudrat yang diberikan, katanya.

Dedah kisah bagaimana berjumpa m@du

Namun pemilik Fath0nah Home Spa ini berkata segalanya berubah apabila dipertemukan dengan m@dunya, Khazatul Atiqah Abu Seman atau lebih mesra disapa Tiqa.

Oleh kerana itu kakak m@du saya mencadangkan untuk saya berbincang dengan suami tentang pengurusan tersebut. Saya rasa serba salah dan berat hati menolak sedangkan kakak m@du saya bersungguh-sungguh mengajak saya kerana ingin saya maju dalam perniagaan saya,” katanya.

Suatu hari Allah takdirkan saya bertemu dengan seseorang yang mengubah segalanya. Saya dijemput oleh kakak m@du saya sebagai seorang pelawat yang ketika itu saya kenali sebagai seorang kawan ke perjumpaan usahawan Business Networking International (BNI).

Program ini memerlukan komitmen seawal pukul 6.30 pagi dan di situlah saya diajak oleh kakak m@du saya untuk menyertainya. Mengenangkan komitmen untuk menguruskan persekolahan anak-anak di awal pagi saya menolak pelawaan tersebut.

Serba salah menolak pelawaan Tiqa untuk menyertai program itu, Nur Fath0nah akhirnya menceritakan status sebenarnya sebagai ibu tunggal.

“Kakak m@du saya terkejut lalu memeluk saya dan mengajak saya menjadi m@dunya. Saya terkejut dan menganggap itu hanyalah gurauan. Saya menerangkan padanya yang saya bukan meminta simpati malah saya ingin menerangkan keadaan sebenar kedudukan saya.

“Saya balik dalam keadaan menyesal kerana membuka cerita mengenai status sebenar saya kepadanya. Kakak m@du saya ada cuba menghubungi saya namun saya banyak mengelak hinggalah tibanya bulan Ramadan tahun ini, saya menerima mesej dari kakak m@du saya dan bertanya khabar.”

Kakak itu kemudiannya bertanya adakah saya masih available dan mengajak berjumpa. Saya berasa berat hati dan berbelah bahagi namun rasa bersalah kerana banyak kali menolak dan mengelak darinya sedangkan kakak m@du seorang yang sangat baik orangnya,” katanya.

Jumpa kali kedua dan dilamar

“Kata-katanya saya anggap gurauan pada mulanya, rupanya dianggap serius dan kakak m@du saya itu sangat bersungguh-sungguh bercerita tentang impian kehidupan berp0ligami di sudut kaca matanya.

Dia kemudiannya melamar saya menjadi m@dunya dan mengatakan firasat hatinya sangat kuat mengatakan mungkin saya orang yang dia cari. Pada masa itu, saya seperti memahami impiannya namun saya lebih kasihankan dia.

Saya lihat dia bersungguh-sungguh sedangkan saya tidak mempunyai apa-apa perasaan di waktu itu. Namun saya cuba memberi peluang untuk meraikan kesungguhannya dan memberitahunya saya akan fikirkan tentang perkara itu,katanya.

Pada waktu yang  sama, Nur Fath0nah berkata dia amat tersentuh dengan keprihatinan Tiqa dan kagum melihat kebahagiaan keluarganya.

“Saya diajak berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak serta keluarga kakak m@du saya itu. Di situ, saya mula nampak betapa indahnya keluarga yang dia miliki. Dan saya dapat lihat wajah anak-anak saya, betapa gembiranya mereka bila dapat bersama-sama dengan anak kakak m@du saya itu.

“Selepas itu kami kemudiannya lebih berhubung melalui WhatsApp. Kakak m@du saya itu sememangnya sangat mengambil berat tentang saya serta anak-anak. Kami telah menjadi begitu rapat dan kerap berhubung.

Walaupun berjauhan, kami selalu berasa amat lebih dekat kerana dia sememangnya sangat mengambil berat, selalu mengingatkan tentang ibadah dan saya terasa dijaga walaupun jauh. Sejujurnya, saya tak pernah merasa diambil berat mengenai ibadah saya dan dia juga sentiasa mengingatkan saya selalu.

Penghujungnya, Nur Fath0nah berkata dia telah menerima lamaran Tiqa dengan hati yang amat terbuka selepas memohon petunjuk dari Allah swt.

Nur Fath0nah menjalankan perniagaan mobile spa ketika ini.

Saya sudah mula nampak keluarga ini boleh membimbing saya serta anak-anak saya, dari situ saya mula sedar betapa hakikatnya perempuan sebenarnya memerlukan seorang pemimpin.sebelum ni saya pernah merasa saya tidak perlu lelaki dalam hidup saya tapi rupanya saya silap.

Allah menciptakan lelaki itu boleh memimpin dan perempuan perlu dipimpin. Alhamdulillah setelah beberapa kali memohon petunjuk dari Allah saya yakin bahawa Allah sememangnya datangkan mereka untuk saya dan anak-anak.

Walaupun banyak rintangan yang kami hadapi saat mula-mula proses perkenalan dan sebelum persetujuan, namun sepanjang itu juga Allah sentiasa pegang hati-hati kami untuk bersama dan kuatkan hati kami,” katanya yang diijabkabulkan dengan suaminya, Samuel Dzul baru-baru ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Limau madu press

Sumber: rimbabara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*