Kerana Terlalu Obses , Instagram Datin Niena Baharun Dipenuhi Dengan Foto Anak Sulungnya

Memang betul kata orang, kalau dah ada anak, seorang mak sanggup buat apa sahaja demi anak. Baju raya tak ada pun tak apa, janji baju anak semua siap sedia. Tak cukup dengan baju raya, baju tidur raya pun cukup lengkap. Begitu lah besarnya kasih seorang ibu terhadap anak-anak.

Datin Niena Baharun yang pernah mencipta fenomena menerusi watak Husna dalam drama bersiri Jangan Benci Cintaku juga begitu. Kalau tengok posting di laman Instagram miliknya, boleh dikatakan anaknya yang dilahirkan pada 24 Oktober 2018 ini telah mendominasi ruang.

Walaupun anak sulung Datin Niena Baharun ini mempunyai akaun Instagram sendiri dengan pengikut berjumlah 39 ribu tetapi wajahnya tetap menjadi penyeri dalam Instagram Datin Niena Baharun.

Anak sulung Datin Niena Baharun yang diberi nama Adiel Mikael ini memang sangat comel. Dah lah tu, Adiel Mikael ni suka tersenyum, memang boleh cair tengok senyumannya. Geram tengok telatah dia!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Fav song @adielmikael 🌟

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on

Nampak macam wanita yang berusia 26 tahun ini obses dengan anak sendiri tetapi, biar lah apa orang nak kata. Tak kan nak obses dengan anak orang lain, ya kan? Datin Niena Baharun kini kelihatan bahagia di samping suaminya, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim yang berkahwin pada 1 Februari 2018 di Kota Bharu, Kelantan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*