Datuk Vida melenting Aishah tidak bersyukur apabila usaha Cik B disamakan dengan nilai 80 sen

NAMPAKNYA episod drama diaantara usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman dan penyanyi Aishah masih belum berkesudahan. Malah menjadi semakin berlarutan.

Terbaharu, Hasmiza atau lebih mesra dikenali dengan nama Datuk Seri Vida meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Aishah yang memperlekehkan nilai barang kemas RM80,000 yang dipilihnya sebagai ganti rugi kepada penyanyi itu.

“Terima kasih kerana kebaikan itu (memulangkan barang kemas dimenangi dalam kotak handmade). Tapi hati saya terguris bila dia kata tak hadap barang kemas 80 sen. ini yg dikatakan oleh Aishah.

Datuk Vida kemudian berkata “Begitu mudah dia samakan nilai 80,000 tu macam 80 sen. Padahal Cik B yang tolong bayar guna duit jualan Salmon Salted Egg dia. Cik B buat kejutan untuk saya sebab Cik B memahami saya, tahu perjuangan dan kesedihan saya mengenai isu ini.

Glad Datuk Vida juga, “Sebelum ini saya penuhi permintaan dia sebab berpegang pada nawaitu asal tapi sekarang keikhlasan saya tu mungkin dah ke laut. Saya amat terkilan,” katanya baru baru ini.

Baru Baru ini, Aishah turut membuat siaran langsung di Instagramnya semasa memulangkan hadiah berlian kepada Vida pada Khamis.

Malah Vida turut menyangkal dakwaan ramai drama anaknya hampir tertelan berlian bernilai RM40,000 sebagai perbuatan biad4p.

Kata Datuk Vida “Ingatkan dia berterima kasih tapi perkara jadi makin teruk. Dia kata mak ayah dia tak ajar jadi kurang ajar.

“Saya pun tak ajar anak saya jadi kurang ajar tapi Kacak (tertelan) tak sengaja buat macam tu. Saya ingat dia main-main rupanya nak makan nak telan batu berlian tu.

“Entahlah first time Kacak jadi berani macam tu… geram ke apa kacak tu,” kata usahawan kelahiran Machang, Kelantan itu.

DATUK SERI VIDA –

Begitu mudah dia samakan nilai 80,000 tu macam 80 sen. Padahal Cik B yang tolong bayar guna duit jualan Salmon Salted Egg dia.

Usahawan kosmetik.

Malah Vida juga meminta penyanyi Janji Manismu itu berhenti melakukan drama siindir menyiindir mengenai hadiah yang telah diberikan di media sosial.

“Berlian yang dah ready untuk pakai penuh satu kedai tapi batu (berlian) juga yang dipilih. Tapi tak apalah sebab saya bagi dia pilihan, saya layankan saja. 

“Sepatutnya dia pilih barang kemas perhiasan seperti cincin berlian atau rantai berlian bukannya batu berlian. Saya bagi kebebasan pilihlah. Kalau kita orang dah bagi pilih kita pilihlah barang yang nak pakai. 

“Itu pun masih kata saya kalah walaupun sebenarnya saya sendiri yang berbesar hati nak penuhi permintaan dia. Malah dok siindir siindir… tak puas hati lagi,” katanya lagi.

Kacak hampir tertelan berlian yang mahu diberikan kepada Aishah.

Terjadi dahulu Aishah memulangkan semula hadiah kemenangan semasa program Gegar Vaganza musim keempat lalu kepada Vida dengan memasukkannya dalam kotak yang dibuat sendiri pada Khamis.

Menerusi siaran langsung di Instagram yang dibuat semasa sesi penyerahan barang kemas itu, Aishah menyerahkan rantai berlian kepada Vida melalui peguamnya iaitu Izwan Mazniza Kamil & Associates

sumber:newskini