Demi Ibu Tercinta , adik-beradik pakat buat kejutan hadiahkan ibu kereta baru

Pengorbanan ibu dan ayah memang terlalu besar unutk dibalas oleh anak-anak. Setiap kesusahan yang mereka hadapi kerap kali disimpan daripada pengetahuan anak-anak.

Namun begitu, sesudah anak-anak meningkat dewasa, sudah tentu keinginan untuk membalas jasa mereka terbit secara sendiri. Jadi, pelbagai usaha dilakukan untuk mengembirakan hati orang tua.

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna laman sosial, seorang lelaki yang dikenali sebagai Fariq Asrhaf Jemix di Facebook telah memuat naik momen dia menghadiahkan sebuah kereta kepada ibu tercinta.

Menurutnya, kereta baru itu adalah untuk ibunya bagi menukarkan kereta lama yang sering dipandu sejak mereka adik-beradik masih bersekolah. Tambah Fariq lagi, kereta lama tersebut sudah terlalu uzur untuk terus digunakan.

Tiket Syurga…Dah lama simpan niat. Alhamdulillah, Allah mudahkan. Mulanya nak submit awal tahun tp ada halangan…

Fariq turut memberitahu bahawa dia berkongsi dengan seorang lagi adik-beradiknya untuk membayar harga kereta ibunya itu. Mereka turut melakukan perancangan bagi membuat kejutan kepada ibu mereka.

Walaupun tidak berada di kampung halaman, dia telah meminta bantuan daripada broker kereta tersebut untuk memberikan kejutan itu di rumah orang tuanya di Pontian, Johor.

Perkara gembira untuk keluarga ini juga telah dikongsi oleh adik kepada Fariq di Twitter dan mendapat ribuan RT. Adiknya yang dikenali sebagai Fakhrul turut mengucapkan terima kasih kepada abang-abangnya kerana membahagiakan hati ratu hati mereka semua.

Abang2 aku buat surprise bagi hadiah kereta baru untuk mak. Aku pulak yang sebak tengok! Thanks my bros! Korang dah tempah tiket untuk ke syurga!

Posting ni bukan nak riak atau menunjuk. Setiap orang ada ceritera masing². Dan ini cerita tentang tiket syurga kami.

Pujian Netizen :

Sumber: Fariq Asrhaf Jemix

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*