Haziq kemal4ngan, dibed4h dua kali, Sama-sama Kita Doakan Semoga Haziq Cepat Sembuh

“TOLONG doakan kesihatan anak saya, Haziq. Semoga pembedahan kaki kanannya berjaya kerana par4h akibat kem4langan jam 1 pagi tadi,” kata penyanyi kumpulan Eva, Linda.

Linda atau nama sebenar Norhaslinda Ishak, 42, ketika dihubungi berkata, kem4langan berlaku di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur ketika Haziq atau nama sebenar Muhammad Haziq Hasbullah, 19, membonceng motosikal bersama rakannya dalam perjalanan ke Bukit Jalil.

“Motosikal dibonceng Haziq dil4nggar kereta yang dipandu laju dari belakang hingga mengakibatkan dia (Haziq) melambung.

“Kesan kemalangan yang mencederakan kaki kanan Haziq juga menyebabkan dia kehilangan lebih dua liter darah,” katanya.

Katanya, mujur anaknya segera dibawa ke hospital dan sudah pun menerima darah baru selain menjalani pembedahan kali kedua untuk kecederaan kaki kanannya.

“Pembedahan kali pertama dilakukan doktor jam 4.15 pagi tadi dan sekitar jam 4 petang pembedahan kedua pula dibuat.

“Kini, doktor memberi tempoh 48 jam untuk melihat keputusan pembedahan dibuat. Saya mohon pada orang ramai mendoakan Haziq,” katanya.

Ditanya adakah Haziq mengetahui keadaan kaki kanannya yang parah, Linda berkata, anak sulungnya sudah sedar dan tahu.

“Dia cuba tenang untuk menerima dugaan ini. Saya hanya mampu berdoa semoga kecederaan kaki Haziq pulih dan dia kembali sihat.

“Biarpun sudah suratan takdir Haziq, saya bersama tiga adik perempuannya tetap cekal dan sentiasa berada di sisi,” katanya.

Haziq pernah menganggotai kumpulan Putera Band yang popular dengan lagu Rebahku Tanpamu, Tersiksa dan Dilema.

Pun begitu, empat bulan lalu Haziq mengumumkan dia memilih bergerak solo dan meninggalkan Putera Band selaku vokalis.

Sebelum ini, Haziq juga pernah terbabit kemalangan pada hujung Februari tahun lalu yang berpunca daripada motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori diparkir di bahu jalan.

Akibat daripada kemalangan itu, Haziq mengalami kecederaan di paru-paru, retak tulang tengkuk dan patah tulang rusuk.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*