Ini Antara Makanan Yang Boleh Melawan Sakit Haid Ketika Datang Bulan

Kebanyakkan wanita mengalami sakit dibahagian pinggang hingga ke peha kerana datang haid. Sakit haid terjadi apabila kitaran haid berlaku manakala otot-otot yang ada pada uterus (rahim) akan mengecut bagi mengeluarkan lapisan rahim.

Tubuh badan akan rasa lebih letih dan lenguh semasa datang bulan, jadi tidak hairan la jika anda rasa sangat lesu apabila datang bulan. Walaupun begitu, bukan semua wanita mengalaminya, hanya segelintir sahaja.

Selain mengamalkan ais, ada beberapa senarai nama makanan yang boleh membantu anda mengatasi masalah sakit pinggang.

Di bawah adalah 11 makanan (atau minuman) yang harus anda cuba bagi melawan rasa sakit sengugut dengan mudah.

1. Air

Hellosehat

Setiap kali datang bulan, sudah pasti perut akan rasa kembung dan tidak selesa.  Minum air ketika datang bulan adalah sangat bagus. Lebih kerap anda minum air, banyak juga anda pergi membuang air kecil.

Jika dengan cara itu tidak menarik minat, anda boleh saja cuba makanan lain dari segi sayuran dan juga buahan. Sebaiknya amalkan makan makanan serta sayuran yang mengandungi banyak kuantiti air di dalamnya.

2. Ikan salmon

Foto: pixabay.com

Ikan salmon dan juga ikan sejuk yang lain sangat kaya dengan kandungan omega 3. Salmon juga boleh mengurangkan kesakitan datang bulan dalam masa yang singkat.

Selain memiliki banyakprotein, ikan salmon juga memberikan sumber vitamin D dan juga B6. Peranan vitamin D adalah untuk menyerap kalsium yang boleh mengawal rasa sakit akibat datang bulan, manakala vitamin B6 dapat melegakan keradangan yang dirasai.

3. Sayuran berdaun berwarna hijau gelap

Foto: primarasa.com

Setiap bulan para wanita sudah pasti akan kehilangan darah dan pada masayang sama mereka turut kehilangan zat besi. Itulah yang menyebabkan tubuh badan anda berasa lemah dan tidak bermaya.

Daging adalah makanan yang sangat digemari oleh semua peringkat umur. Namun sayuran berdaun hijau (leafy greens) seperti kale dan juga bayam juga diperkaya dengan sumber vitamin sangat bagus serta menawarkan zat besi.

Bila sudah jemu dengan sayur yang berdaun anda boleh mencuba brokoli yang di rebus dan di berikan sedikit kerangupan.

4. Buah nanas, kiwi dan pisang

Foto: idntimes.com

Buah pisang sangat kaya dengan vitamin B6 dan juga dos potasium yang sangat sihat. Pengambilan makanan ini boleh mengurangkan rasa kembung perut dan juga cramp.

Buah kiwi juga sangat berkesan melawan cramp. Enzim actinidin yang terkandung dalam buah kiwi juga boleh membantu masalah penghadaman. Sembelit juga boleh dilancarkan dengan mudah.

5. Kalsium

Ramai diantara kita tidak mengetahu kebaikan kalsium untuk period. Kita hanya mengetahui kebaikan kalsium baik untuk tulang sahaja. Jika anda tidak suka minum susu, anda boleh mengambil kekacang ataupun hasil tenusu yang lain, tetapi mempunyai zat yang sama.

6. Oat

Foto: sheknows.com

Oat merupakan makanan yang sangat di gemari bagi wanita yang sedang diet. Malah oat juga boleh disediakan dalam pelbagai bentuk. Adanya sumber magnesium boleh merehatkan saluran darah serta mengawal selia sorotonin yang merupakan sejenis bahan kimia pada bahagian otak untuk mengawal masalah kemurungan.

7. Telur

Foto: lnr.org.lr

Telur juga kaya dengan protein dan sangat bagus jika anda amalkan setiap pagi. Ketika datang bulan, amalkan memakan telur sebanyak 2 biji. Ianya mampu mengurangkan rasa kekejangan pada otot.

8. Halia

Foto: yousense.info

Halia mempunyai banyak kelebihan, selain mampu mengeluarkan angin dalam badan, ianya berfungsi bagi melegakan rasa loga ketika datang bulan.

9. Teh chamomile

Foto: tread.zalora.co.id

Teh boleh mengurangkan kekejangan otot yang dihadapi oleh anda, selain itu juga ia mampu membuat anda rasa tenang. Amalkan sekali sehari ketika rasa sakit menyerang. Rehatkan minda dan cuba kawal rasa sakit itu. Sebaiknya jangan terlalu banyak bergerak ketika sakit.

10. Dark chocolate

Foto: wallpapercave.com

Coklat bukan sahaja sedap, namun ianya mampu mengatasi masalah anda. Kepada mereka yang sukakan coklat, pastinya ia berita yang baik untuk anda. Bukan semua jenis coklat sesuai untuk mengatasinya, Pilihlah jenis coklat yang mengandungi 85% peratus rasa koko.

11. Mentega kacang

Foto: Maskulin.com

Kepada mereka yang suka dengan kacang, ataupun mentega kacang, ini ada berita baik untuk anda. Kacang dapat membantu anda dalam mengatasi sakit datang haid.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*