Bakal Tunai Haji Kali Ke-2, Neelofa Nak Pergi Setiap Tahun

PELAKON dan pengacara, Neelofa, 30, berkongsi dia bakal menunaikan rukun Islam kelima, mengerjakan haji di tanah suci Makkah pada awal Ogos ini buat kali kedua selepas dua tahun lalu.

Jelas Noor Neelofa Mohd Noor, haji kedua ini nanti turut disertai dua orang adik lelaki dan ibunya.

“Dari segi persiapan saya banyak membaca buku berkaitan haji dan ada panggil ustaz ke rumah untuk terangkan kepada dua adik lelaki saya berkenaan rukun haji.

“Saya rancang ke sana pada 4 Ogos ini tetapi proses masih belum lengkap. Apa-apa sahaja boleh berlaku namun saya mengharapkan doa anda semua supaya segalanya dipermudahkan.

“Kali ini saya berasa teruja sebab banyak masa dari segi nak buat persiapan sendiri. Bukan untuk di Makkah saja tapi semasa di Mina dan ketika wukuf.

Dalam masa sama, Neelofa yang juga pengacara program MeleTop berkata, dia memasang niat untuk menunaikan haji setiap tahun.

“Memandangkan saya pernah ada pengalaman menunaikan haji sebelum ini, untuk pergi sekali lagi saya sudah tahu nak buat apa. Tidak sabar untuk merasa perasaan yang Allah bagi dan tak sabar untuk cari lagi pengalaman baru,” katanya.

“Kalau ikut perancangan, saya nak pergi haji tahun lalu dengan mak, tapi ketika itu arwah datuk sakit kuat. Jadi kami tangguhkan.

“Apabila berpeluang tahun ini, saya teruskan saja dan tak payah fikir banyak kali. Sebenarnya kalau boleh nak pergi haji setiap tahun dan umrah sebanyak mungkin,” katanya.

Neelofa ditemui pada rakaman program Islamik Astro, Naura Shares di MM Cineplex, E-Curve, Damansara Utama, sebentar tadi.

“Alhamdulillah saya juga rasa lebih teruja pada kali ini kerana banyak masa untuk membuat persiapan kelengkapan ke sana nanti,” jelasnya berdebar.

Mengenai penglibatan Lofa dalam program tersebut, dia berkongsi kisah menarik ketika mengerjakan ibadah umrah dan haji dan saksikan slot Lofa di saluran Astro Naura 125 pada 9 Ogos 2019 jam 9 malam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*