“Siapa yayang?” – Kena ‘Bahan’ Dengan Family Sebab Tersalah Hantar Mesej Dalam Whatsapp Group

Pernah tak korang tersalah hantar mesej? Macam contohnya nak hantar dekat kawan tapi terhantar dekat lecturer ke, atau send dekat kawan yang lain ke.

Macam gadis yang kongsikan dekat Twitter baru-baru ni bila dia tersalah send tapi apa yang kelakarnya, dia terhantar mesej dekat Whatsapp group family!

Melalui perkongsian gadis bernama Ain ni, semalam dia sepatutnya hantar mesej dekat teman lelaki dia. Dia nak pesan supaya boyfriend bagitau dia kalau dah sampai ke destinasi (tak dinyatakan).

Yayang (Sayang), dah sampai bagitau ya.”

Tapi, malangnya dia terhantar pesanan tu dekat family pula! Apa lagi memang kena ‘bahan’ dengan keluarga dia weh! Bukan setakat adik beradik, abah dia pun ‘sama naik’ perli dia sebab panggil teman lelaki dia ‘yayang’.

Siapa yayang?”


sumber: Twitter

Ain kemudian minta maaf sebab tersalah hantar mesej tu dan mengaku terus yang sepatutnya nak send dekat teman lelaki dia. Lepas tu abah dia ‘tambah perisa’ pula tanya dekat dalam group tu jantina si ‘yayang’ tu!

Siapa yayang tu lelaki ke perempuan?”

Wah belum apa apa dah yayang, nak muntah.”

Sumber: Twitter

Adik beradik dia sendiri tak tahan dengan apa yang jadi apatah lagi abah dorang sporting pula melawak sekali buat-buat tanya macam tu. Memang Ain redha jela kena ‘bahan’ dengan keluarga dia semua dalam Whatsapp tu.

Ramai netizen pun turut terhibur dengan nasib Ain tu. Ada yang cakap abah dia memang cukup sporting dan confirm benda ni akan berlarutan atau diingat sampai bila-bila.

“Abah tu ‘win‘.”

“Hahahaha malu gila kan!”

“Weh rabak kena perli tu. Tabah la nak .”

“Comel lah abah awak.”

“Berdekah aku gelak.”

Sporting abah dia melawak sekali haha!

sumber: lobakmerah via viralkami / menujukebenaran

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*