Berang Cikgu Baling Buku Dari Tingkat Tiga

Zaman Sekarang Entah apa masalah pelajar sekolah kita zaman sekarang, mudah sangat naik angin dan melawan kata-kata guru. Dia punyalah degil mereka-mereka ini, sehingga cikgu pun takut nak menegur oleh kerana bimbang mereka pula akan dipersalahkan.

Baru-baru ni, seorang netizen ada buat pengakuan di Twitter kononnya dia yang ‘paling lejen’ kerana kerap keluar masuk bilik disiplin. Sebabnya… kerana dia kerap ponteng sekolah dan menganiaya seorang cikgu di media sosial! Fuh!

“Paling teruk aku buat is create fb account cikgu DP bontot bab*”

Menurut pelajar yang dikenali sebagai Lillith ini, dia nampaknya telah berdendam dengan seorang guru gara-gara guru tersebut telah membaling buku KOMSAS miliknya dari tingkat 3 hingga jatuh ke dataran badminton.

Oleh yang demikian, Demi membalas dendam, dia pun apa lagi buatlah account Facebook palsu cikgu terbabit dengan meletakkan gambar profile rupa punggung khinzir. Haih berani betullah kau ni dik!


Sumber: Twitter

“Buat cikgu eton, boleh la buat report polis ke SKMM dah ni”

Luahan pelajar tersebut telah mendapat k3caman netizen yang berpendapat mesti ada perkara yang telah dilakukan gadis ini terlebih dahulu sampaikan cikgu tu geram dan campak bukunya ke bawah.

Walaubagaimanapun tindakannya dengan membuat FB fake account tu satu perkara yang salah dari segi undang-undang tau. ‘Cikgu Eton’ boleh saja buat laporan ke SKMM dan dakwa pelajar ini oleh kerana memalukannya.


Sumber: Twitter

“Ko tak minta maaf ke kat cikgu tu. Dia cakap “NO””


Sumber: Twitter

Apa-apapun dengar cerita Lillith ni dah deactivate account Twitternya kerana mendapat pelbagai kecaman netizen.

Bagi Min mudah jer, kalau ada buat salah dengan cikgu cepat-cepatlah minta maaf. Jangan buat cikgu terguris hati. Tak pasal-pasal ilmu yang dia ajarkan tu tak halal pulak. Kan dah rugi dan kita pun berdosa.

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*