Dengan Gaya Bersemut Aiman Dan Zahirah Mereka Terima Seratus Ribu Tanda Suka

Mempunyai aura seorang lelaki ‘gentleman’, bukan lah mudah sebenarnya untuk memikat hati Aiman. Menurut Zahirah, sewaktu awal perkenalan mereka lalu, pelakon lelaki itu amat sukar untuk didekati, langsung tidak membalas mesejnya

Jelas Aiman lagi, dia seakan tidak percaya menerima mesej dari seorang aktres jelita berkenaan. Namun, siapa sangka bermula dari situlah timbulnya bibit- bibit percintaan di antara mereka dan akhirnya bakal ke jenjang pelamin tidak lama lagi.

Beberapa bulan bercinta, pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza mengikat tali pertunangan pada bulan Jun lalu. Semalam, pasangan ini mengumumkan berita gembira mereka bakal berkahwin pada Februari 2020.

Setelah dua bulan bertunang, pasangan selebriti terkenal Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza sekali lagi menjadi perbualan hangat apabila mereka mendedahkan akan mendirikan rumah tangga pada Februari tahun depan.

Sejurus berita itu diumumkan ketika sidang media yang tengah berlangsung pada baru-baru ini. Namun, apa yang menjadi perhatian juga Zahirah menerusi Instagram berkongsikan dan memuatnaik beberapa keping foto.

Kelihatan teramat sweet, ini antara foto dikongsikan Zahirah dengan pelbagai gaya dia bersama Aiman. Malah, foto-foto bersemut ini juga meraih lebih 100 ribu tanda suka!


Sama cantik, sama padan!

Penuh di ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa tidak sabar menantikan hari perkahwinan mereka selain turut mendoakan yang baik-baik buat pasangan selebriti ini.

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber:catatanterakhir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*