Kongsi Keadaan Wawa Aeril Minta Hargai Isteri

Wawa Zainal nama penuh beliau  Nur Hawa binti Zainal Abidin 12 Mac 1991 merupakan seorang model dan pelakon yang berasal dari Sabah. Beliau merupakan anak kelapan daripada sebelas orang adik-beradik.

Beliau telah berkahwin dengan pelakon Suhairil Sunari ataupun lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel. Menjadi seorang isteri atau ibu merupakan tanggungjawab yang besar malah tidak semua mampu untuk menggalas peranan itu.

Jika kita menghayati peranan mereka, pasti ramai yang merasakan dugaan dijalani mereka berat. Itulah yang dirasai pasangan dua sejoli, Aeril Zafrel apabila melihat keadaan isterinya yang terbaring.

Malah gara-gara hal itu juga, Aeril menasihati agar “lelaki diluar sana menghargai isteri yang menggalas tanggungjawab yang berat.” Apatah lagi mereka jugalah yang bergelar ibu kepada anak-anak kita sendiri.

Walaubagaimanapun, Aeril menerusi posting barunya itu turut meminta agar mendoakan Wawa Zainal baik-baik sahaja. Tambahan pula, rata-rata netizen juga mendoakan kesihatan Wawa Zainal.

Pelakon Wawa Zainal ditahan selama lima jam di Hospital Pakar KPJ Kota Kinabalu, Sabah kerana mengalami k2rcun4n makanan.  Menurut suaminya  Aeril Zafrel, Wawa mengalami k2rcun4n dan muntah-muntah kerana terlampau banyak makan makanan laut seperti ikan, sotong, udang selain buah-buahan iaitu manggis, durian, nanas dan tarap.

Alhamdulillah semuanya okey. Wawa stabil dan tiada apa-apa yang serius berlaku. Cuma dia berasa sakit sebab sedang mengandung, tetapi syukur kandungannya stabil. Mujurlah kami cepat datang ke hospital. Namun, keadaan kesihatan Wawa, 28, disahkan stabil dan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Sekarang dia sudah dibenarkan keluar hospital memandangkan malam ini kami perlu pulang ke Kuala Lumpur,” ujar Aeril ketika dihubungi wartawan.

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber:videoviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*