Respon Wan Maimunah Apabila Aliff Syukri dan Mat Sajat Dilihat Seperti Mempermainkan Namanya

Sejak akhir-akhir ini kita banyak didedahkan dengan cerita-cerita tentang individu yang tidak menghormati individu lain.

Sikap hormat menghormati merupakan salah satu kunci kepada keamanan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita di Malaysia yang berbilang kaum. Tanpa kunci ini, kita akan hidup dalam amarah, tiada pertimbangan dan bermusuhan. Hal ini bertentangan dengan prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan yang bertujuan melahirkan warga negara yang bersopan santun dan bersusila.

Semalam, pelakon veteran, Wan Maimunah ada meluahkan rasa terkilan dengan tindakan dua usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat yang dilihat seperti mempermainkan namanya dalam sebuah rakaman video di Instagram.

Sajat:berani mampus nak bagi watak seram2 kat kita yer!!! ingat muka kita SERAM KER??

Kata bintang senior itu menerusi Instagram, dia mendapat kiriman video terbabit daripada seorang kenalan dan sedih apabila namanya dianggap seperti dipermainkan dengan menggunakan perkataan keji.

Menerusi Instagram Nur Sajat sebelum ini, dia ada memuat naik rakaman pendek ketika ditanya Aliff Syukri siapakah pilihannya seandainya yang diberikan watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.

Lantas, posting berkenaan terus mendapat kecaman dan ada yang meminta kedua-dua usahawan selebriti itu agar menjaga kata.

Ada yang hantar pada ibu. Rasa sedih nama ibu dipermainkan, menggunakan perkataan keji. Wan Maimunah masih wujud,” tulisnya.

Terima kasih bagi yang memberi semangat dan mendoakan pada ibu yang baik-baik. Banyak mesej, tak terbalas satu-persatu mesej dan komen,” tulisnya pada entri terkininya pula.

Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Bayangkan di negara ini, kita hidup tanpa rasa hormat. Bayangkan tiada siapa yang menghormati pandangan dan pemikiran orang lain, dan mementingkan diri sendiri, pasti keadaan akan menjadi tidak tenteram. Sikap saling menghormati merupakan nilai yang paling asas yang perlu ada dalam diri kita sebagai manusia.

Foto: Instagram Wan Mainumah, Sajat

Kredit:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*