Seorang Lelaki Yang Sanggup Jalan Kaki Ke Kelantan Terus Jadi M1st3ri Dikatakan Dua Individu Berbeza

Kelibat seorang lelaki yang berjalan kaki di pembahagi jalan di lebuh raya dekat Gua Musang, Kelantan ketika trafik sesak teruk pada Sabtu, menjadi bualan dan tanda-tanya di media sosial.

Lelaki Ini Berjalan sehelai sepinggang, sukar untuk membuatkan netizen mempercayai lelaki itu sanggup mengharungi perjalanan seorang diri dari Kuala Lumpur untuk ke Kelantan.Pada mulanya hanya sekeping gambar yang diambil dari arah belakang dirakamkan oleh seorang pengguna laman sosial Twitter sehingga menjadi tular, tetapi kemudian muncul pula klip video didakwa menyerupai lelaki itu berjalan di kawasan yang sama.

Dengan tangkapan skrin klip video yang dirakamkan oleh seorang pengguna di Facebook yang turut tular.

Walaubagaimanapun, posting di halaman Facebook milik seorang wanita itu telah meraih perhatian warganet apabila dia memberitahu bahawa individu di dalam klip video yang tular itu adalah sebenarnya suaminya dan dirakamkannya sendiri semasa pulang ke kampung di Pantai Timur.

“Suami saya turun jalan kaki jarak sebatang rokok stretching… udoh viral hahahahhahaa jalan kaki balik Kelantan katanya. Takkanlah balik kelantan tak bawa beg? Agak-agak lah… tapi terima kasih kepada netizen doakan perjalanan beliau,” ujarnya.Bercakap kepada wartawan mStar, wanita itu, Bibi Zaleha Zurkiple berkata, lelaki di dalam klip video itu adalah suaminya yang ketika itu mengambil angin luar berikutan kesesakan teruk semasa perjalanan pulang ke kampung dari Kuala Lumpur sempena Hari Raya Aidiladha.

Perkongsian Bibi Zaleha di Facebook mengenai video yang menunjukkan suaminya di pembahagi jalan.

Wanita berusia 36 tahun itu telah menjelaskan, rakaman tersebut adalah dibuat di antara pukul 7 pagi dan 12 tengah hari Ahad, dan bukannya petang Sabtu seperti gambar yang tular sebelum itu.“Klip vdeo yang tular tu saya sendiri yang rakam dari dalam kereta. Disebabkan kesesakan teruk dekat Gua Musang, saya dan suami memandu secara bergilir-gilir. Ketika itu suami keluar dari kereta sekejap untuk menghisap rokok.

Rupanya “Dia tidak keseorangan, kami pulang satu keluarga bersama anak-anak. Malah, ketika itu kami dalam perjalanan pulang ke rumah bapa saya di Jerteh, Besut, Terengganu dan bukannya Kelantan seperti yang didakwa,” kata ibu dua anak itu kepada wartawan mStar.

Gambar itu hanya diambil dari arah belakang. Saya akui berdasarkan susuk tubuh yang kurus, baju hitam dan seluar jeans itu sama seperti suami saya di kawasan yang sama – BIBI

Kata Bibi, bagaimanapun mempersoalkan gambar yang tular menunjukkan seorang lelaki yang menyerupai suaminya yang lebih dikenali sebagai Ery, tetapi ia diambil dari jarak jauh.

“Saya hanya rakam video suami saya berjalan di pembahagi jalan, tak ada foto yang diambil. Tapi berdasarkan gambar yang tular kononnya sejak petang Sabtu, ia mirip suami saya.

“Foto itu hanya diambil dari arah belakang. Saya akui berdasarkan susuk tubuh yang kurus, baju hitam dan seluar jeans itu sama seperti suami saya di kawasan yang sama,” ujarnya.

Perkongsian dua klip video yang dirakamkan semasa kesesakan di lebuh raya dekat Gua Musang, Kelantan.

Sejak penularan gambar itu juga menyebabkan dia dan suami dihujani pelbagai mesej dripada keluarga dan kenalan yang membuat pertanyaan bagi mendapatkan ksahihan cerita.Menurut Bibi, dia juga menerima banyak mesej daripada orang awam yang mahu meyalurkan bantuan disebabkan keadaan ‘lelaki berjalan kaki’ itu mengundang simpati ramai.

“Saya ada mesej pengguna Twitter yang muat naik gambar tu, dan pagi ni (Isnin) baru dia jawab dan perjelaskan foto tu memang dia ambil pada petang Sabtu, maksudnya dua individu yang berbeza. Dan katanya lelaki itu tidak memakai cermin mata seperti suami saya.

“Rakyat Malaysia ni sebenarnya baik hati untuk memberikan sumbangan, tetapi kadang-kadang ada yang mengambil kesempatan atas perkara yang tular. 

“Cuma vdeo suami tu disalah erti sbagai lelaki yang berjalan kaki tu. Saya berharap dengan penjelasan ini, semua pihak tidak mengaitkan vdeo suami saya dengan lelaki yang berjalan kaki tu. Kedua-duanya adalah individu yang berbeza,” tegasnya lagi.

Suami Bibi, Ery bersama salah seorang anak mereka di pembahagi jalan lebuh raya ketika kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, gadis yang telah merakamkan foto yang tular itu memberitahu mStar bahawa dia turut menonton video seorang lelaki yang hangat diperkatakan itu. 

Katanya lagi,“Saya tengok juga video tu. Suami dia pakai cermin mata dan pakai jam tangan pada tangan kiri. Gambar yang saya ambil tu tak pakai cermin mata dan tak pakai jam sebelah kiri.

Memandangkan tweet (posting) ni agak complicated (merumitkan), saya ambil keputusan untuk memadamkannya kerana ahli keluarga asyik bertanya tentang perkara itu. Saya tidak mahu terlibat dalam apa-apa kes membabitkan lelaki itu. Mahu bertenang.

Dikatakan “Jalan sama tapi tempat saya ambil gambar tu dengan rakam video pun lain tu. Dia sepatutnya lebih mengenali suaminya,” ujarnya. Terdahulu, seorang pengguna Twitter lain mendakwa lelaki yang berjalan kaki itu adalah rakan sekolahnya yang mengalami masalah kewangan, dan ia bukan kali pertama rakannya itu berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Kelantan.

Hebat orang kita, kalo betul laa lepas ni dah boleh dpt pengitirafan Malaysia book of records.

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: Mstar /vanilla.kini

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*