Terimalah Hakikatnya Bahawa Dia Ialah Adik Saya, Lisa Surihani

Pelakon dan pengacara tidak asing lagi di Malaysia iaitu Lisa Surihani ada meninggalkan komen terhadap foto yang telah dikongsi kepada rakannya pelakon, Mira Filzah di Instagram.

Menerusi foto tersebut yang telah dimuat naik itu, Mira dirakam ‘berwefie’ bersama heronya dalam Sweet Dream, Ben Amir yang mendukung watak sebagai Qash Adam menerusi drama rantaian berkenaan.

It’s day 46! And we are still struggling to finish all scenes! Watch Qash and Putri tonight episode 8!  #DramaSweetDreams

Menariknya, Lisa secara seloroh mengakui bekas finalis Hero Remaja itu ialah adiknya apabila ramai peminat yang mengandaikan hal sama.

Katanya “Setelah semua orang cakap dia seperti saya, terimalah hakikat bahawa dia ialah adik saya. Okay jadi, dia macam mana?

“Harapnya dia berkelakuan baik. Kalau tak, beritahu saya. Kak Long ni akan bahasakan dia, eh benamirr,” tulis Lisa yang turut dibalas Ben.

Bahkan, Mira juga turut memberikan reaksi terhadap komen yang telah tinggalkan oleh Lisa.

Semua orang asyik memberitahu perkara sama! Mungkin Ben antara tujuh manusia yang seiras kamu! Ahahah,” balas Mira.

Sekadar rekod, Sweet Dreams turut membariskan pelakon lain seperti Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, PU Azman dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber:jutawan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*