Sangat Cantik, Amyra Rosli Tampil ‘Berhijab’ Dalam Program Meletop Dipuji!

Baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarganya, pelakon drama popular Nur, Amyra Rosli hadir sebagai tetamu jemputan di rancangan Meletop. Penampilan terbarunya itu yang berhijab membuatkan ramai yang memujinya.

Berkongsi beberapa foto ketika di set Meletop, Amyra Rosli nampak manis berhijab dengan padanan baju serba hitam. Selain itu suaminya sendiri, Amar Baharin dan Emma Maembong turut menjadi tetamu jemputan dalam rancangan tersebut.

Kehadiran mereka di set Meletop itu adalah bagi mempromosikan drama terbaru yang berjudul Cemburu Seorang Perempuan yang sudah pun mula ditayangkan di Astro Ria dan Astro Ria HD melalui slot Drama Vaganza.

Berikut beberapa foto yang dikongsikannya di Instagram:

Biarpun begitu, rata-rata netizen memuji penampilannya itu dengan meningg4lkan komen seperti berikut:

“Cantikla kak myra pakai tudung”

“Alhamdulillah da berhijab cantik”

“Moga kak mira terus istiqomah dalam menutup aurat”

“Cantik sangat subhanallah”

Sumber: aamyrarosli via HCL

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*