Akan Pulang Ke United Kingdom. Mat Dan Pesan Suruh Jaga Negeri Terengganu.

Menerusi muat naik di laman Instagram Mat Dan baru-baru ini, dia memaklumkan bakal pulang ke negara asal di United Kingdom, dan berhajat mahu mempromosikan negeri Terengganu di sana.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Next week. Mat Dan dah balik UK 🇬🇧 Mat Dan akan promote Terengganu dekat sana. Sementara Mat Dan tak ada beberapa hari ni, korang jagalah negeri kite ni molek2 eh.

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

Asal usul pandai cakap terengganu.

Pada tahun 2009, beliau telah pergi melancong di Thailand dan Laos bersama seorang rakannya selepas tamat belajar. Ketika itu, rakannya telah memberi cadangan agar beliau melawati Pulau Perhentian. Ketika di sana, beliau mendapat tahu pula mengenai Pulau Kapas. 10 hari selepas berada di Pulau Perhentian, beliau datang ke Pulau Kapas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thanks to @quinarahouseboat for taking care of us yesterday… Houseboat ni lagi selesa daripada Housedarat…😅 @quinarahouseboat @beautifulterengganumalaysia

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

Sepanjang berada di situ, beliau menjadi seorang sukarelawan di sebuah chalet. Beliau menjaga meja sambut tetamu di samping membersihkan bilik tetamu selama empat bulan sebagai saraan diri sebelum meneruskan perjalanannya.

Beliau kembali ke Pulau Kapas pada tahun 2010 lalu menetap sehingga lebih 7 tahun di sana dengan alasan layanan baik orang Malaysia dan tempat yang cantik menyebabkan beliau terus kekal di pulau tersebut. Di situ jugalah beliau telah mempelajari cara hidup dan bahasa penduduk tempatan dengan penguasaan dialek Terengganu memakan masa sebanyak 3 hingga 4 tahun.

Tidak dapat dinafikan, sesiapa sahaja akan jatuh cinta dengan Terengganu, kerana negeri itu terdapat banyak lokasi percutian yang menarik untuk dikunjungi.

Sumber : Mat Dan

Komen

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*