“Jangan Paksa Saya Cakap Dah Bertudung Sepenuhnya”

Tampil bertudung selepas pulang mengerjakan umrah, penampilan terbaru Amyra Rosli menjadi perhatian netizen. Bagaimanapun, Amyra enggan mengumumkan secara rasmi sama ada dia sudah berhijab.

Amyra turut meminta netizen tidak keliru dengan statusnya sama ada dia sudah berhijab atau pun tidak. Jelasnya lagi, dia masih terikat dengan kontrak yang memerlukannya untuk muat naik gambarnya free hair di media sosial.

“Saya tak nak menghebahkan apa-apa dan tak nak secara rasmi cakap saya sudah bertudung. Tapi orang keliru juga sebab watak yang saya bawa sekarang dalam tv pun bertudung.

“Saya masih lagi ada komitmen yang memerlukan saya untuk muat naik di media sosial yang tak bertudung. Namun bukanlah bermaksud saya kena ambil gambar tak bertudung, ia gambar lama yang pelanggan sudah luluskan dan wajib saya muat naik.

“Saya harap semua pihak jangan memaksa atau desak saya untuk cakap saya sudah bertudung sepenuhnya. Saya sendiri mahu mendiamkan diri. Doakan yang baik-baik,” katanya.

Berkongsi cerita mengenai penamilannya bertudung, Amyra berkata keputusan itu datang secara semula jadi dan tiada paksaan. Malah, dia tidak menolak kemungkinan mungkin sudah sampai serunya untuk berhijab.

“Itulah yang ajaibnya, saya tiada niat langsung, tak dapat mimpi apa-apa dan keputusan itu datang secara semula jadi. Apabila balik daripada umrah, ada tetamu datang rumah, saya terus mengenakan tudung.

“Ramai orang suka saya bertudung sebenarnya dan saya ambil itu sebagai kekuatan. Namun apa yang saya dapat di Makkah, biar saya saja tahu,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Rotikaya

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*