Ketampanan ‘Rider Grab Food’ Menghantar Makanan Buat Para Wanita Rasa `Lapar`

Tidak dinafikan bahawa penggunaan aplikasi penghantaran makanan seperti Food Panda dan juga Grab Food, sudah mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja memudahkan kerja, malah aplikasi yang mesra pengguna ini mudah digunakan oleh setiap golongan.

Ada sesetengah insan, menggunakan aplikasi ini sebagai platform utama untuk mereka mencari rezeki. Bukan setakat itu, ada sesetengah rakyat Malaysia, menggunakan aplikasi ini sebagai tempat untuk menjana pendapatan sampingan pada hari minggu.

Cuma hantar makanan tapi…

Salah seorang rider Grab Food ini, serta merta tular di media sosial kerana wajahnya yang kacak dan tampan telah menambat hati ramai yang melihatnya. Gambar rider ini telah tular melalui sebuah posting yang telah dimuat naik melalui ,sebuah page yang dikenali sebagai Milo Tabur Viral.

“Pergi bawa hati saya…”

Rakyat Malaysia juga turut dilihat terpesona dengan ketampanan yang dimiliki oleh pemuda tersebut. Namun, identiti dan nama sebenar pemuda tersebut masih lagi tidak ketahui dan kekal misteri sehingga kini.

“Nak kerap orderlah lepasni…”

Kaum perempuan dah mula lapar ke?

“Sanggup belajar masak agar bini tak order Grab Food…”

Tiba-tiba rasa lapar!

Walau bagaimanapun, diharapkan agar para rider penghantar makanan ini, akan sentiasa dilindungi dan diberkati kerana mencari rezeki yang halal untuk dirinya. Sudah banyak kes-kes dan keluhan yang melibatkan pekerjaan ini sering kali didengar melalui media sosial. Semoga semuanya terus kuat dan tabah!

Sumber: Milo Tabur Viral.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*