David Teo nak buat filem ‘Cikgu Suraya’, rata-rata netizen seperti sudah tahu jalan ceritanya

Siapa tidak kenal dengan penerbit filem Mejar David Teo, di bawah produksinya iaitu Metrowealth, telah banyak melahirkan pelakon-pelakon hebat tanah air, antaranya Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Aeril Zafril dan ramai lagi.

Baru-baru ini menerusi muat naik di Instagram, penerbit itu dikatakan bakal mengeluarkan sebuah lagi filem baru iaitu berkisar mengenai kisah ‘Cikgu Suraya’.

Cikgu Suraya ‘coming soon’

Namun, pembikinan filem tersebut telah mendapat banyak tentangan dan kecaman ramai. Malah, ada yang berpendapat filem berkenaan mungkin merosakan imej seorang guru.

View this post on Instagram

Selamat Pagi Cikgu Suraya #comingsoon @chumieeomey ajar budak baik baik ya

A post shared by David Teo (@davidteo99) on

Jangan jatukan profesion guru

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang pengguna dengan nama akaun Puan Kem, meluahkan rasa kurang senang dengan imej guru yang mahu ditampilkan dalam filem tersebut.

 

Tiada cikgu boleh berpakaian begitu

Menurutnya, pemakaian pelakon tersebut yang mengenakan kebaya getat dan menampakkan bentuk badan, disifatkan agak menjolok mata.

Tambah Puan Kem di dalam entrinya, secara realitinya guru tidak dibenarkan berpakaian seperti ini dan imej tersebut seakan menjatuhkan profesion seorang pendidik.

Tak perlu kot nak buat cerita macam ni

Menjengah pula ke ruangan komen di IG David Teo, ternyata ramai yang mengecam daripada menyokong. Rata-ratanya merasakan filem sedemikian mampu memberikan imej negatif terhadap guru wanita dan juga pelajar.

Cikgu ada garis panduan dalam pemakaian

Dah tahu dah jalan cerita ni

Rosakan pemikiran remaja

Sumber OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*