“Gimik sampai tak tahu halal har4m” – Isteri Datang Buat Kejutan, Tapi Tengok Laki Syok ‘Feeling’ Pelvk Perempuan Lain

Kalau korang nak tahu, dekat Indonesia ada satu rancangan nyanyian yang melibatkan peserta-peserta seluruh Asia, D’Academy Asia. Ala-ala Akademi Fantasia…

So, baru-baru ni tular di Twitter, klip video salah seorang peserta D’Academy Asia dari Malaysia sendiri, Azmirul Azman sedang feeling nyanyi lagu bersama penyanyi dangdut Indonesia Zastia Gotik.

Dalam video ni, korang boleh tengok Azmirul dengan Zastia ni memang feeling teruklah, sampai pegang-pegang muka, pegang-pegang pinggang semua. Tapi, apa yang peserta lelaki ni tak expect, pihak produksi dah merancang untuk buat kejutan untuk Azmirul

So, dalam video ni, masa Azmirul sibuk berpelvk dengan Zastia, tiba-tiba isterinya datang di atas pentas. Walaupun keadaan agak kecoh masa isterinya sampai, Azmirul masih tak perasan apa yang berlaku hinggalah isterinya tunjuk muka depan mata. Muka isteri dia memang berubah teruk bila tengok laki dia tengah buat macam tu.

Azmirul yang terkejut dengan kehadiran isterinya terus melepaskan Zastia dan mukanya pucat habis. Hos-hos disekeliling dia mula mempermainkan lelaki itu dan meminta komen dari isterinya.

Namun menurut Azmirul, apa yang dia lakukan hanyalah untuk persembahan semata-mata dan tak ada niat lain disebaliknya.

Korang boleh tengok video full kat bawah ni:

“Gimik sampai tak tahu halal har4m”

Bagi netizen pula, tak kisahlah kalau rancangan tersebut tak keluar di kaca tv Malaysia atau apa, Azmirul sebagai suami sepatutnya tahu batasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pun begitu, seorang netizen yang mengaku dia merupakan adik saudara kepada Azmirul telah tampil memberikan penjelasan mengenai video ini.

Hm, korang rasa macam mana?

Sumber karteldakwah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*