Persembahan Puteh Buat Juri Dan Seluruh Yang Tonton MLM Final Menangis

Pertandingan realiti komedi popular, Maharaja Lawak Mega (MLM) kembali untuk edisi 2019 mulai 1 November lepas. MLM 2019 telah bersiaran selama 11 minggu, secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam di saluran Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Sekali lagi Datuk AC Mizal diberi mandat mengemudikan MLM buat kali yang kelapan.Antara penyertaan peserta yang menarik perhatian, termasuk pembabitan semula pelawak Mamat Sepah, menerusi kumpulan Stone bersama Azlee Senario dan Acong.

Tidak ketinggalan, kumpulan J-Born yang juga pemegang trofi panas juara Muzikal Lawak Superstar musim pertama, baru-baru ini.

Malam ini adalah malam final MLM 2019 yang melibatkan 5 peserta final iaitu J-Born, Zero , Bocey , Rare dan Puteh. Kumpulan puteh menerusi persembahan kedua iaitu persembahan muzikal betul-betul mendapat tempat di hati penonton. Juri tetap Lisa Surihani sampai menangis sehingga sukar untuk beliau memberi komen. Jom tengok persembahan puteh.

Dalam komen Lisa, dia membacakan doa untuk arwah anak Ali Puteh. Dalam sebak Lisa tidak dapat memberi komen penuh. Apa yang Lisa kata Puteh adil kerana `punchline` bertubi-tubi dan selepas itu bahagian last penuh dengan emosi.

 

View this post on Instagram

Bukan Lisa sahaja yg sebak, tapi seluruh dewan merasai emosi yg sama. . Alfatihah untuk arwah anak Ali Puteh. . #MaharajaLawakMega2019 #MLM2019 #HibSinar #SinarHarian

A post shared by HibSinar (@hib.sinar) on

Kita semua sedia maklum yang anak kepada Ali Puteh iaitu Sharifah Nur Ainul Mardhiah telah meninggal dunia semasa 26 November 2019. Bayi perempuan yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu itu dikesan berdepan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.

Bahagian akhir persembahan kedua kumpulan puteh dengan tema kenduri, sebenarnya bukan kenduri kahwin tapi adalah kenduri arwah. Walaupun nampak bersahaja, tapi membuatkan seluruh rakyat Malaysia menangis. Semoga arwah anak Ali Puteh tenang di sana. Al-Fatihah.

Artikel Oleh RJ AS.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*