Anak beranak kantoi mencuri, barang sorok dalam baju dan seluar penuh satu troli

Kesempitan dan juga desakan hidup kadang kala membuatkan seseorang itu melakukan perkara yang terang-terangan menyalahi peraturan. Kebanyakan golongan ini sanggup mengetepikan risiko yang bakal menimpa demi mencari ‘rezeki’ mereka dengan cara yang tersendiri.

Baru-baru ini, tular di media sosial yang memaparkan kejadian ibu dan anak telah tertangkap oleh beberapa orang individu. Anak-beranak ini dicekup kerana didakwa telah mencuri barangan dengan kuantiti yang banyak di sebuah pasar raya yang masih tidak diketahui lokasi sebenarnya.

Bertin-tin sardin di sumbat dalam seluar…

Video ini telah menjadi bualan hangat oleh para pengguna di laman Twitter. Lebih memeranjatkan ramai, makcik berkenaan menyimpan barangan curi dengan menyumbat kesemua barang hanya dalam seluar sahaja.

Ramai yang terkejut apabila melihat jumlah barang yang dikeluarkan oleh

Anak lelaki pun ada sekali…

Paling tidak disangka ramai, anak lelakinya dikatakan turut menolong emaknya mencuri barang-barang yang ada di pasar raya berkenaan.

Semasa mengeluarkan segala barang yang tersimpan di dalam pakaiannya, makcik itu  kelihatan ketakutan dan menangis sambil merayu-rayu kepada mereka yang berada di situ

Macam mana semua barang tu boleh muat?

Video yang tular itu seterusnya menjadi perbualan dan juga menimbulkan tanda tanya kepada warga netizen. Ada juga yang turut meluahkan rasa simpati atas nasib yang menimpa makcik dan anaknya walaupun jelas ternyata perbuatan mereka ini salah.

Perkara ni memang dah biasa jadi…

Kat mana dia beli seluar tu?

“Keluarga saya pernah beli barang dengan dia…”

Mungkin mereka berdua tiada pilihan lain?

Namun, kesahihan serta cerita penuh mengenai kejadian dan video yang tular ini, masih lagi tiada kenyataan yang rasmi oleh mana-mana pihak berkuasa.

Sumber: Dylawok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*