Ibu TunggaI Enam Anak DihaIau Rumah Sewa, BerjaIan Kaki Pergi Minta Bantuan Kariah Surau Tapi DitoIak

Satu lagi perkongsian cikgu Mohd Fadli Salleh yang benar-benar meruntun jiwa. Seorang ibu tunggal bersama 6 anaknya dihalau dari rumah sewa oleh tuan rumah, pergi berjumpa kariah surau untuk mohon bantuan tapi ditolak.

Merayau ibu ini berjalan kaki tanpa arah tuju. MasyaAllah hebatnya ujianmu. Akhirnya dengan kuasa Allah, ibu ini dipertemukan dengan cikgu Mohd Fadli. Berikut kisah yang dikongsikan:

Jam dua pagi. Seorang perempuan berusia 41 tahun ditemani anak lelakinya datang ke Kedai Awe.

” Boleh saya jumpa Cikgu Fadli?”

” Ada apa kak jam 2 pagi ni cari saya? Duduklah.”

Ibu tunggal anak 6 ini duduk lantas membuka cerita. Dia tinggal di Ampang. Penerima zakat Selangor sejak 3 tahun lepas.

Bulan 12 yang lepas, dia dihalau keluar rumah kerana tuan rumah ingin menjual rumah tersebut. Deposit tidak diberi semula dengan alasan ia kos mengecat dan baik pulih rumah.

Satu report polis dibuat untuk dapatkan semula deposit, namun ia sekadar report yang tak boleh buat apa-apa.

Sebaik keluar rumah, zakat hentikan bayaran sewa dan minta dia cari rumah baru untuk bantuan zakat seterusnya.

Lebih sebulan tidur di sana sini. Menumpang di surau, tinggal di rumah transit, Anjung Harmoni dan menumpang di rumah jiran-jiran.

Dia mencari duit untuk sewa bilik dahulu, agar anak-anak ada tempat berteduh. Anak sulungnya perempuan bakal ambil SPM tahun ni. Usia anak-anaknya 17 tahun, 16 tahun, 15 tahun, 8 tahun, 7 tahun dan yang bongsu 6 tahun.

Kesemua mereka belum sehari pun menjejak kaki ke sekolah tahun ini kerana tiada tempat tinggal dan baju-baju sekolah. Cikgu-cikgu dah mula call dan bertanya.

Macamana nak mula sekolah. Tempat tinggal pun tiada. Persiapan persekolahan anak-anak apa pun tiada.

Pakaian sekolah lama, hilang (agaknya dibuang) semasa pindah rumah. Masa tu dia tinggalkan pakaian dalam plastik sampah kat tangga rumah untuk bawa anak-anak berteduh dulu.

Puas turun naik mohon bantuan sana sini. Pusat zakat express ada bagi bantuan one off RM100 sahaja. Dia berhenti kerja sementara untuk urus penginapan yang sampai hari ini belum jumpa.

Ada bilik sewa harga RM350. Dia ingin menyewa bilik itu sementara mencari rumah sewa dan mohon pusat zakat bayarkan nanti, namun amaun itu dia tidak mampu sediakan.

Hari ini dia ke PV 12, jumpa kariah surau sana yang sebelum ini pernah bantu mereka katanya. Tapi malangnya permohonan si ibu tunggal ini ditolak kerana dah acap kali mereka bantu, kata ibu tunggal ini.

Maka dia dan anaknya berjalan kaki tanpa arah tuju masuk dari Setapak hingga ke Medan Idaman ni. Masuk kedai ke kedai minta bantuan. Dan salah seorang pekerja kedai tunjukkan Kedai Awe lalu berkata,

” Pergi kedai tomyam hujung sana. Cari Cikgu Fadli. InsyaAllah dia bantu.”

Maka di sini dan jam 2 pagi rezeki kami untuk berjumpa.

Tuhan atur cantik pertemuan malam ini. Sepatutnya sekitar jam 1 pagi aku beransur pulang. Namun masa aku dan bangkit dari tempat duduk untuk pulang, Mek hidangkan bubur kacang.

Duduk kembali aku menikmati bubur kacang sambil menyambung perbualan dengan Dr Wan Ahmad Faiz Marzuki dan Allan Jacho.

Dan baru sahaja kami bangkit kali kedua untuk pulang jam 2 pagi, akak ini sampai bersama anaknya.

Dia tunjukkan semua bukti bahawa dia memang asnaf berdaftar dengan pusat zakat Selangor, bagi pula ic untuk kami sambil gambar sebagai pengesahan dan cross check dengan mana-mana pihak.

Dia sangat terdesak mencari tempat perlindungan. 5 anak-anak lain ditinggalkan bersama jiran sebelah rumah lama.

Dan sebenarnya, ia bukan semata-mata rezeki akak ini pagi ini. Ia rezeki aku dan semua penyumbang Dana Kita untuk bantu satu lagi keluarga yang benar-benar tengah tersepit.

InsyaAllah aku akan pantau keluarga ini dari masa ke semasa. Aku akan pastikan anak-anaknya akan kembali ke sekolah semula.

Persiapan persekolahan pun kami akan bantu sediakan semuanya. Dan sebaik dapat rumah baru untuk disewa, urusan zakat tu aku minta mereka selesaikan secepat mungkin.

Asas rumah seperti dapur gas, periuk nasi, tilam dan seumpamanya akan kami bantu, InsyaAllah. Pagi Jumaat penuh barakah ini, Dana Kita terus menerus membantu mereka yang tersepit dan sangat memerlukan.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Dana Kita #MFS – Di suatu pagi Jumaat, ada keluarga terbela –

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : cikgu Mohd Fadli Salleh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*