Menteri beri `warning’ kes Sajat dan ini bakal terjadi kepada agensi yang diguna Sajat

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya boleh membatalkan lesen agensi pelancongan Albayt Travel Sdn Bhd sekiranya pihak terbabit mengulangi kesilapan dalam mengendalikan jemaah umrah atau haji seperti dilakukan ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Menterinya, Mohamaddin Ketapi berkata, setiap agensi pengendali umrah seharusnya bertanggungjawab ke atas jemaah mereka.

“Kita akan hubungi, beri dia amaran, dia buat sekali lagi lesen dia kita batalkan. Hal ini bertujuan untuk semua syarikat pemegang lesen menjaga tatacara perniagaan mereka termasuklah mengawal kumpulan kendalian mereka.

“Mereka seharusnya mematuhi undang-undang negara dilawati bagi menjaga imej negara. Diharapkan perkara seumpama itu tidak akan berlaku pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media yang diadakan di kementeriannya, di Putrajaya tadi.

Mohamaddin berkata, langkah berkenaan diambil bagi memastikan syarikat pengendali yang lain lebih teliti dalam menguruskan pelanggan mereka.

“Saya fikir mereka perlu lebih teliti sedikit untuk mengenali lelaki atau perempuan, perempuan itu perempuan ke dia atau sebenarnya lelaki.

“Takkan dia tak kenal. Tetapi kalau dia kenal perempuan itu (sebenarnya) lelaki dan lelaki itu (sebenarnya) perempuan (tetapi tetap membawa mereka mengerjakan umrah) disebabkan nak bisnes bawa saja, kita akan mengambil tindakan terhadap travel agent.

“Ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan oleh travel agent berkenaan,” katanya.

Terdahulu, pihak pengurusan syarikat berkenaan membuat satu laporan polis serta mengarahkan mutawif yang bertugas untuk memberi arahan kepada Sajat dan ahli kumpulannya supaya menghentikan penyebaran imej serta video mereka ketika menunaikan umrah di semua saluran media sosial milik kumpulan berkenaan kerana mencetuskan kontroversi.

Syarikat berkenaan turut meminta Sajat untuk membuat permohonan maaf secara terbuka secara terbuka terhadap kejadian yang berlaku.

Sumber Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*