“Alhamdulillah Isteri Saya… Selamat Bersalin Pada 1 Ramadhan…”- Hadi Mazlan

Kisah cinta ‘Elly & Epit’ ke dunia realiti sebelum ini mendapat perhatian ramai apabila pada Jun tahun lalu, mereka berdua sah bergelar suami dan isteri.

Siapa menyangka, bermula dari sebuah drama berkenaan akhirnya pasangan Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana atau lebih mesra dipanggil Dayana ini berjodohan. Pasangan ini juga terdahulu dilaporkan bakal menimang cahaya mata pertama mereka setelah lebih 6 bulan mendirikan rumahtangga.

Walau bagaimanapun, terbaru pula Hadi Mazlan menerusi laman Instagram peribadinya berkongsi berita gembira kepada peminat dan pengikut dimana isteri, Dayana itu telah selamat bersalin.

Isteri Hadi Mazlan selamat bersalin

Hadi Mazlan juga bersyukur isterinya selamat bersalin pada 1 Ramadhan pada jam 1.20 pagi tadi.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh عبد الهادي (@hadi_mazlan) pada

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah isteri saya, Siti Amirah Dayana selamat bersalin pada 1 Ramadhan pada jam 1.20 pagi ini. Syukur pada Allah SWT” tulisnya menerusi perkongsian dilaman Instagram.

Lalu diruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut dilaman Instagram turut bersyukur dan mengucapkan tahniah buat Hadi dan Dayana diatas kehadiran cahaya mata pertama mereka.

Menerusi perkongsian Hadi, setakat ini belum didedahkan nama dan jantina anaknya. Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen dilaman Instagram milik Hadi mahupun Dayana itu membuatkan ramai peminat mereka sebelum ini meninggalkan pelbagai reaksi kepada mereka.

Dalam pada masa yang sama, netizen turut mendoakan anaknya membesar dengan sihat selain mendoakan yang terbaik buat Dayana yang kini sudah bergelar ibu.

Sumber: Instagram Hadi Mazlan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*